Lampard sekolahkan wartawan yang melabel kekalahan mengejutkan Chelsea

Musim ini, Chelsea bermain cemerlang sekali di bawah kendalian Frank Lampard.

Dengan berbekalkan para pemain muda, tanpa pembelian pemain, Chelsea masih menjadi pasukan yang mencabar slot ke UCL pada musim hadapan.

Ramai yang menjangkakan Chelsea akan bergelvt di pertengahan liga di bawah bimbingan jurulatih yang boleh dianggap baharu, Frank Lampard.

Ternyata, Chelsea membuktikan mereka memiliki kualiti tersendiri. Chelsea mencatatkan banyak keputusan cemerlang musim ini.

Namun, apa yang berlaku kini, mereka sudah 3 perlawnan tanpa kemenangan dalam semua pertandingan.

Sebelum ini Chelsea tewas di tangan Manchester City dan kemudian diikat 2-2 oleh Valencia dalam saingan UCL.

Terbaru mereka tewas di tangan West Ham dalam derbi London, meskipun ramai menganggap perlawnan ini sentiasa milik Chelsea, kerana ia berlangsung di Stamford Bridge.

West Ham menang buat pertama kali dalam tempoh 17 tahun di Stamford Bridge. Gol tunggal kemenangan West Ham adalah menerusi Aaron Cresswell pada separuh masa kedua.

West Ham menurunkan penjaga gol ketiga mereka untuk menewaskan Chelsea. David Martin merupakan anak kepada legenda West Ham iaitu Alvin Martin.

Beliuau membuat penampilan sulung dalam EPL pada usia 33 tahun.

Beliau turut berjaya mencatatkan clean sheet, meskipun berhadapan dengan banyak percubaan bahaya.

Martin cemerlang menafikan beberapa percubaan pemain Chelsea dan beliau sangat terharu meraikan kemenangan pasukannya. Sekaligus memberikan kelegaan kepada Manuel Pellegrini.

Frank Lampard memberikan k0men beliau di atas kekalahan di tangan bekas pasukannya itu.

Lampard tidak bersetuju dengan perkataan kekalahan mengejutkan yang digunakan oleh wartawan ketika temuramah selepas tamat perlawnan.

Hal ini kerana, ini adalah EPL yang merupakan liga yang sangat sukar. Di mana setiap pasukan boleh mengejutkan pasukan lain.

Sebaliknya Lampard lebih menganggap ia kekalahan yang mengecewakan berbanding dengan mengejutkan.

Lampard berkata: “Kejutan bukan ayat yang sesuai. Kerana ini adalah Liga Perdana Inggeris, dan inilah dia.”

“Kami tak cukup kualiti di final third pada hari ini. Musim ini kami banyak sekali mempersiakan peluang gol.”

“Saya lebih kepada kecewa berbanding dengan ayat terkejut. Namun saya masih percaya dengan para pemain saya.”

Lampard kemudian menyatakan ini bukan masa untuk merungut dan meluahkan komen yang negat1f. Hal ini kerana, mereka perlu fokus mendapatkan semula karakter dalam diri pemain.

“Ini bukan masa untuk memberikan reaksi panas yang em0si. Ini masa untuk mencari semula karakter yang hilang pada dirri pemain,” tambah beliau lagi.

Jorginho turut menyuarakan perkara yang sama, di mana pasukan Chelsea tidak cukup tajam di hadapan gol.

Chelsea baru sahaja mempersia-siakan peluang untuk menyamakan mata dengan Leicester dan Manchester City, jika mereka menang.

Chelsea akan berhadapan dengan Aston Villa selepas ini.

Chelsea masih di landasan terbaik untuk melayakkan diri ke UCL pada musim hadapan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : thesukan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*