Adam Nor Azlin gesa peminat henti lempar kritikan

Ketua pasukan skuad B-22 tahun negara, Adam Nor Azlin menggesa agar para peminat tidak melontarkan kritkan terhadap pasukan khususnya di laman media sosial ketika prestasi skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu tidak begitu baik.

Setelah tewas kepada pasukan Filipina pada perlawnan peringkat kumpulan A temasya Sukan SEA 2019 Jumaat lalu, skuad B-22 tahun negara mendapat kritkan pedas terutamanya dari penyokong dimana sesetengah daripada mereka mahu Datuk Ong meletak jawatan.

Sumber Gambar: FAM

 

Adam turut menerima tempias apabila ramai pihak mempersoalkan kredibiliti beliau sebagai seorang kapten. Pemain Johor Darul Ta’zim ini meminta peminat untuk lebih positif dan memberikan sokongan bagi mengharungi baki dua perlawnan peringkat kumpulan.

“Saya sedar peminat kini mengkrtik dan mengcam pasukan di media sosial. Bagaimanapun, saya harap mereka menghentikan kecaaman. Pemain tidak perlu perkara itu ketika ini.

“Sudah tentu kami kecewa. Sebagai pemain, sudah tanggungjawab kami untuk menjaga maruah pasukan negara di atas padang,” kata Adam Nor Azlin menurut laporan NST.

Tambah bekas pemain Selangor itu, beliau memahami kekecewaan penyokong apabila pasukan negara tewas kepada pasukan Filipina yang dianggap bukan lawan setanding bagi Malaysia.

Sumber Gambar: FAM

 

“Saya faham peminat tidak berpuas hati kerana kita kalah kepada Filipina yang dianggap tidak terlalu kuat di rantau Asia Tenggara ini.

“Namun perjalanan masih belum berakhir. Kita masih lagi mempunyai peluang untuk bangkit. Kami perlu sokongan daripada peminat,” tambah Adam.

Malaysia akan turun menentng pasukan Timor-Leste pada hari ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*