Hati-hati kelibat Helang Merah musim depan – Irfan Bakti

Bekas ketua jurulatih Terengganu Football Club (TFC), Irfan Bakti Abu Salim memberi amran agar berwaspa da dengan pasukan berpengkalan di utara semenanjung tanah air, Helang Merah pada saingan Liga Malaysia musim depan.

Hal ini selepas Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dilihat melakukan sedikit rombakan pemain dengan membawa masuk pemain-pemain yang sedang dalam prestasi terbaik seperti Kpah Sherman, Tchetche Kipre, Hadin Azman dan beberapa nama lagi bagi mengukuhkan pasukan tersebut.

Mengulas mengenai bekas anak buahnya yang memilih untuk menyarung jersi Hijau Kuning pada musim depan, Irfan merasakan Tchetche tidak akan mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dan bakal memberikan impak kepada skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu.


Foto: TFC

“Tchetche (Kipre) tidak pernah menimbulkan masa1ah dan dia adalah salah seorang pemain import berdisiplin yang pernah saya bimbing.

“Saya fikir dia akan dapat sesuaikan diri bersama Kedah, tambahan pula dikelilingi pemain-pemain yang bagus.” kata Irfan Bakti seperti dilaporkan oleh Stadium Astro.

Kpah Sherman – Kipre Tchetche

Jadi inilah Double K yang dijangka menjadi the iconic duo kat Aloq Staq season depan? Macam Dwight Yorke-Andy Cole kat Man Utd, Aubameyang-Lacca kat Arsenal? Shooting padu, kapla function, dribble terer, menari kelebihan tambahan … ini kalau Kedah tak jadi power nokharommm lagi tapau dua piala paling kurang taktau laaa nak habaq macam mana.. Jaga-jaga JDT .. #MalaysiaFootballMaestro

Posted by Malaysia Football Maestro on Sunday, December 1, 2019

 

Seperti dimaklumkan sebelum ini, Kedah mengambil keputusan untuk mengekalkan beberapa pemain yang menampilkan persembahan memberangsangkan sepanjang musim 2019 seperti Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Farhan Roslan, Renan Alves, Shakir Hamzah dan Ifwat Akmal.

Sementara itu, Kedah turut diperkuatkan dengan pemain-pemain muda berbakat yang meningkat naik seperti Fadzrul Danel, Mohammad Fayadh Zulkifli, Norfiqrie Abdul Talib, Hidhir Idris dan terbaharu, Aiman Afif.

Selain daripada pemain-pemain berkualiti, Kedah juga melalui satu musim yang menakjubkan pada musim 2019. Momentum pada musim lalu ditambah pula dengan beberapa pemain baharu pastinya membuatkan pasukan ini lebih bersemangat untuk merangkul lebih kejuaraan pada musim hadapan.

“Sudah tentu sebagai juara Piala FA, naib juara Piala Malaysia serta beraksi di peringkat Asia, Kedah akan menjadi pasukan yang perlu diberi perhatian pada 2020,” tambah Irfan lagi.

Foto: FA Kedah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*