Empat pemain lagi direkrut, Melaka United 2020 sudah hampir siap

Melaka United mungkin menjadi antara pasukan terawal menyiapkan skuad bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2020, setelah mengumumkan kemasukan empat lagi pemain pada Ahad.

Empat pemain tersebut adalah Nurridzuan Abu Hassan, Ferris Danial Mat Nasir, Khair Muhammad Jefri Jones dan Khairul Anwar Shahrudin, sekaligus menyaksikan Melaka United yang akan kekal dibimbing Zainal Abidin Hassan sudahpun memuktamadkan seramai 21 pemain.

Nurridzuan yang bermain di posisi ‘attacking midfielder’ pada tahun ini telah mewakili Selangor manakala Ferris Danial pula meninggalkan Negeri Sembilan untuk kembali menyarung jersi Melaka United – penyerng kelahiran Kelantan itu adalah anggota skuad juara Melaka United 2016.

Turut kembali ke pangkuan sang kancil, pemain berda rah kacukan Malaysia-New Zealand, Khair Jefri Jones yang sememangnya bukan nama asing dalam kalangan penyokong Melaka United. Dia menyarung jersi pasukan itu selama tiga musim pada 2016-2018 sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2019.

Manakala Khairul Anwar pula merupakan pemain tengah berusia 29 tahun kelahiran Pahang yang dilepaskan Terengganu FC pada awal bulan lalu.

Meskipun dijangka beroperasi dengan bajet terhad dan tidak meletakkan sasaran tinggi dalam Liga Malaysia 2020 sepertimana dimaklumkan Presiden mereka sebelum ini, secara dasarnya Melaka United tetap mempunyai sebuah skuad kompeten yang boleh memberikan tenta ngan sengit mencabar kelompok empat terbaik.

Mereka mengekalkan beberapa pemain berpengalaman iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Safiq Rahim, Razman Roslan, Saiful Ridzuwan Selamat serta pemain lain seperti Faris Shah Rosli dan S.Deevan Raj.

Selain itu Melaka United juga telah merekrut beberapa pemain seperti Norazlan Razali, Annas Rahmat dan pemain berda rah kacukan Malaysia-Australia Curran Ferns serta telah memenuhi tiga daripada lima kuota import iaitu dengan mengekalkan Jang Sukwon, merekrut Romel Morales dari PKNS FC dan Uche Agba dari PDRM FA.

Foto : Melaka United

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*