Jaringan Hadi pastikan Malaysia rekod kemenangan sulung

Skuad Malaysia Bawah 22 Tahun (B-22) menghadapi Timor Leste pada perlawa nan ke-4 peringkat Kumpulan A temasya Sukan SEA 2019, hari ini.

Aksi yang mengambil tempatnya di Stadium Memorial Rizal, Manila itu berkesudahan dengan keputusan 4-0 memihak kepada skuad Harimau Muda hasil jaringan sendiri pemain Timor Leste, Filomeno Junior Da Costa (6’), dua jaringan oleh Hadi Fayyadh (34’, 43’) dan Akhyar Rashid (81’).  Ia merupakan kemenangan sulung Malaysia dalam temasya Sukan SEA kali ini.

Berikut adalah rating pemain-pemain Harimau Muda dalam perlawa nan sebentar tadi:

GK: Haziq Nadzli – 6/10

Tiada percubaan baha ya dihalakan kepada Haziq pada separuh masa pertama melainkan pada minit ke-35 di mana dia berjaya menepis dengan baik. Turut mengekalkan tumpuannya pada babak kedua dan berjaya mencatatkan clean sheet

DF: Dominic Tan – 6.5/10

Dominic kekal menjadi watak utama Harimau Muda di barisan pertahanan dengan memberikan kesukaran kepada pemain law an untuk menembusi bahagiannya. Tetapi ada ketikanya aksinya sedikit goyah dan kurang persefahaman dengan dua rakannya yang lain.

DF: Irfan Zakaria – 6,5/10

Bermain dalam sistem bek bertiga, Irfan cuba menampilkan aksi sebagai ball playing defender dan usahanya itu jelas kelihatan dalam perla wanan ini dan membolehkan Malaysia sedikit sebanyak menguasai bahagian tengah. Menjadi hero dengan menyelamatkan gawang daripada dibolosi pada minit ke-85.

DF: Adam Nor Azlin (C) – 5.5/10

Beberapa kali naik ke atas untuk membantu sera ngan namun agak goyah aksinya di barisan pertahanan. Ada beberapa ketika, Adam lambat membuat keputusan untuk melakukan hantaran sehingga memberi peluang pihak la wan menekannya. 

RMF: Syahmi Safari – 7.5/10

Memandangkan sera ngan Malaysia banyak bertumpu di bahagian kanan, Syahmi menjadi nadi utama dalam menggerakkan bola bagi melancarkan sera ngan buat Harimau Muda menerusi overlapping darinya sehingga berjaya memberikan satu assist. Dua percubaan tepat daripada Syahmi diselamatkan oleh penjaga gol la wan. 

MF: Danial Amier – 6/10

Lorongan Danial kepada Syamer Kutty pada babak pertama menyebabkan Timor Leste menjaringkan gol sendiri. Namun sepanjang permainan, persembahan Danial sekadar memuaskan.

MF: Syamer Kutty Abba – 6/10

Kesilapan tampanan oleh Syamer menyebabkan pemain Timor Leste menjaringkan gol sendiri tanpa sengaja. Gandingan beliau bersama Danial Amier masih boleh dipertingkatkan lagi.

LMF: Umar Hakeem – 6.5/10

Aksi yang boleh dipuji oleh pemain berusia 17 tahun ini. Umar banyak membantu barisan pertahanan dan menyukarkan Timor Leste untuk menye rang melalui kawasannya. Tidak banyak membantu di bahagian ser angan.

FW: Luqman Hakim – 7/10

Larian-larian yang dilakukan oleh Luqman banyak memberikan ancaman kepada barisan pertahanan Timor Leste. Hantaran lintang yang dilakukannya juga berkualiti. Keluar pada minit ke-75.

FW: Hadi Fayyadh – 8/10

Hadi Fayyadh dalam perla wanan ini bijak mengambil peluang yang terhidang dan berhasil menjaringkan dua gol. Peranannya selaku target-man banyak membantu Malaysia melakukan seran gan.

FW: Faisal Halim – 5/10

Selain daripada rembatannya sekitar minit ke-43 yang membolehkan Hadi Fayyadh menjaringkan gol ketiga buat Malaysia, Faisal tidak banyak memberikan impak kepada unit sera ngan. Separuh masa kedua, Faisal digantikan dengan Akhyar Rashid. 

Pemain Gantian:

FW: Akhyar Rashid – 6/10

Masuk pada separuh masa kedua iaitu oada minit ke-46 menggantikan Faisal Halim. Akhyar berhasil menambahkan jaringan ke-4 buat Malaysia. Decision making oleh Akhyar perlu ditingkatkan lagi terutamanya apabila dua mempunyai bola di bahagian sisi kanan. 

FW: R. Kogileswaran – 5/10

Masuk pada minit ke-75 dan memberikan satu assist untuk jaringan gol oleh Akhyar Rashid. 

 

Foto: FAM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*