Stadium Selayang jadi pilihan Selangor II musim hadapan

Kewujudan Selangor II bukan sahaja bertujuan untuk menjadi ‘Reserve Team’ tetapi juga menjadi salah satu usaha daripada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk mendekatkan diri lagi dengan penyokong.

Justeru, Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon sudah membayangkan Selangor II yang sebelum ini merupakan pasukan PKNS FC tidak akan lagi bermain di Stadium Shah Alam pada saingan Liga Premier musim 2020. Beliau menjangkakan Selangor II akan bermain di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebagai usaha mendekatkan lagi skuad Merah Kuning itu kepada peminat bola se pak di seluruh Selangor.

Manakala Stadium Shah Alam kekal menjadi gelanggang utama buat Selangor buat masa ini dan berharap lebih ramai peminat The Red Giants akan terus memberikan sokongan.

Sumber Gambar: FA Selangor

 

“Mengenai Selangor II, kami ada berbincang dengan banyak pihak termasuk MFL yang berikan input serta cadangan hala tuju pasukan ini pada musim depan. Kami rasa kena memperkembangkan lagi serta menjangkau pengaruh penyokong kami di destinasi lain serta cuba mendapatkan penyokong baharu di lokasi lain.

“Sekurang-kurangnya masyarakat di sana dapat menikmati bola se pak Selangor dan tidak terlalu tertumpu di sesuatu tempat sahaja. Antara calon utama yang kami sedang pertimbang kini ialah Stadium Selayang dengan tujuan cuba dekatkan diri lagi dengan peminat bola sepak Selangor di Gombak, Ampang, Selayang serta kawasan-kawasan di sekitarnya, ” katanya.

Pada 13 November lalu, MFL meluluskan permohonan FAS selain Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) untuk menukar status PKNS FC dan PKNP FC sebagai Reserve Team.

Sumber Gambar: FA Selangor

 

Bagaimanapun, kelulusan itu secara bersyarat di mana kedua-dua persatuan negeri tersebut harus memenuhi keperluan untuk layak sebagai Reserve Team termasuk aspek kewangan stabil, transisi kontrak PKNS FC dan PKNP FC perlu mengikut peraturan dan kemudahan tempat latihan sebelum status itu berkuatkuasa tahun depan.

Pasukan Selangor dijangka akan menggunakan hampir sepenuhnya produk pemain muda daripada skuad Piala Presiden dan Piala Belia mereka sendiri selain daripada PKNS FC.

Sebelum ini Dr. Johan ada mengatakan platform Liga Premier bakal menjadi pilihan lebih baik buat pemain muda berbanding di Piala Presiden atau Piala Belia kerana faktor persekitaran yang lebih kompetitif dengan adanya pemain import dan senior.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : VOCKETFC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*