Terengganu FC umumkan ketibaan penyera ng baharu

Skuad berpengkalan di pantai timur, Terengganu Football Club (Terengganu FC) mengumumkan ketibaan penyera ng baharu, Dominique Da Sylva pada hari ini.

Pengumuman itu dilakukan menerusi laman sosial mereka, sebentar sahaja tadi.

Penyer ang berusia 30 tahun ini bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penyera ng prolifik mereka, Tchetche Kipre yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke utara semenanjung tanah air, Kedah menjelang saingan baharu musim hadapan.

Dominique mempunyai ketinggian sekitar 1.8 meter dan berkebolehan menggunakan kedua-dua kaki. Dari segi posisi, pemain yang pernah berkelana di Liga Vietnam ini boleh bermain sebagai centre forward, penyera ng kedua dan sayap kiri.

Selain daripada beraksi di rantau asia tenggara sejak 2017, Dominique yang merupakan penyer ang skuad kebangsaan Mauritius mempunyai pengalaman bermain di liga negaranya sendiri, Liga Tunisia, Liga Mesir, Liga Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Liga Cyprus.

Dijangka Dominique akan diletakkan selaku target-man dalam perancangan ketua jurulatih, Nafuzi Zain dalam saingan baharu, Liga Malaysia 2020 disamping kelibat Faris Ramli dan Rahmat Makasuf di kedua-dua bahagian sayap untuk merobek gawang law an.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*