Shin Tae-Yong tolak tawaran latih Skuad Kebangsaan Indonesia

Bekas pengendali skuad Piala Dunia Korea Selatan, Shin Tae-yong disahkan telah menolak tawaran untuk melatih skuad kebangsaan Indonesia bagi menggantikan tempat Simon McMenemy yang ditamatkan kontrak.

Menurut laporan daripada media China iaitu Axtoutiao, Tae-yong semakin hampir menyertai sebuah kelab Liga Super China dan dijangka akan menandatangani kontrak dalam masa terdekat.

“Shin Tae-yong secara rasmi menolak tawaran untuk melatih pasukan Indonesia. Berdasarkan seorang sumber, Shin akan berbincang mengenai kontrak dengan kelab China,” tulis Axtoutiao.

Sebelum ini, Tae-yong sempat mengadakan perbincangan bersama Presiden Persatuan Sep ak Bola Indonesia (PSSI), Iwan Bule di Kuala Lumpur.  Namun difahamkan mereka tidak mencapai persetujuan dalam beberapa perkara.

Selain Tae-yong, seorang lagi calon yang menjadi pilihan untuk melatih skuad Garuda ialah Luis Milla. Malah, beliau sanggup menurunkan gajinya dan berharap PSSI dapat menimbangkan permohonannya untuk kembali ke Indonesia.

“Saya ingin kembali untuk membantu Indonesia dan sedia menurunkan gaji.

“Saya memang ingin bertemu PSSI di Kuala Lumpr pada 19 November lalu tetapi saya tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan penting di Madrid,” jelas Luis Milla seperti dipetik dalam CNN Indonesia.

Indonesia kini menghuni kedudukan tercorot dalam kumpulan G kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tanpa sebarang mata selepas tewas dalam 5 perlawnan.

Mereka tekad bangkit untuk mencari kemenangan pertama dalam perlawnan menent ang Thailand pada tahun depan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*