Jendela perpindahan Liga Malaysia semakin rancak dimana pasukan yang bertanding musim hadapan masing-masing menandatangani pemain baharu bagi memperkuatkan pasukan. Tidak ketinggalan Selangor yang baru-baru ini mengumumkan mereka telah mengambil khidmat pemain tengah pasukan negara, Brendan Gan.
Namun, Selangor masih lagi belum selesai dalam usaha mereka mencari pemain baharu apabila dikaitkan dengan perpindaan dengan bekas pemain import Pahang serta PDRM FC, Safuwan Baharudin bagi mengisi kuota pemain impot Asean.
Meskipun menampilkan prestasi yang baik bersama Pahang musim ini, namun Safuwan tiada dalam perancangan juara Piala FA 2018 itu bagi saingan musim hadapan. Walaupun masih mempunyai baki kontrak setahun sehingga tahun 2020, namun Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) memutuskan untuk melepaskan pemain yang pernah beraksi bersama Melbourne City FC itu atas sebab-sebab yang tidak didedahkan.
Perpisahan antara Safuwan ini diumumkan sendiri oleh pemain itu pada bulan lalu dan pemain berusia 28 tahun ini mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan sepanjang beliau menyarung jersi Tok Gajah.
Pada saingan Liga Malaysia musim 2019, kuota pemain import Asean pasukan Selangor diisi oleh pemain Vietnam, Michal Nguyen dan beliau sering mendapat krit1kan kerana prestasi yang kurang memuaskan. Pengalaman yang dimiliki oleh Safuwan dilihat mampu untuk menyumbang sesuatu kepada Selangor musim hadapan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya
Sumber : vocketfc
Leave a Reply