Nama Selangor United bakal ditukar kepada Sarawak United?

Kelab bola se pak Selangor United dilaporkan bakal menarik diri daripada saingan Liga Premier 2020 menurut sumber daripada La Bola Malaya.

Difahamkan kelab yang berpusat di lembah klang itu mengalami masalah kewangan yang serius dan tempat mereka kemungkinan akan diisi oleh Sarawak FA yang diturunkan pangkat ke Liga M3 selepas tewas kepada Kuching FA dalam perla wanan play-off minggu lepas.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi daripada Selangor United ataupun badan pengendali liga, Malaysia Football League (MFL) mengenai status pasukan itu pada musim depan.

SELANGOR UNITED TARIK DIRI, SARAWAK KEKAL DALAM LIGA PERDANA?Hanya selepas seminggu diturunkan ke Liga M3 oleh '…

Posted by La BOLA Malaya on Sunday, December 1, 2019

Bagaimanapun, sumber daripada Fox Sports menjelaskan Selangor United bukan menarik diri sebaliknya bakal diambil alih oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan ditukar nama kepada Sarawak United untuk terus kekal beraksi dalam Liga Premier.

“Sarawak berpendapat mereka tidak boleh bermain di liga amatur, ia sesuatu yang bu ruk untuk imej bolase pak mereka. Selangor United pula berdepan masalah kewangan dan sukar untuk beroperasi tanpa bajet yang mencukupi. Kita tidak mahu sekarang semua nampak ok tetapi kemudian hari banyak masalah berbangkit khususnya tunggakan gaji.

“Jadi ada cadangan daripada ‘orang kuat’ bolase pak supaya kedua-dua pasukan ini bergabung dan slot milik Selangor United itu tidak dik0rbankan dan kekal milik Selangor United, cuma bermain dengan nama yang berbeza, contohnya seperti Sarawak United.

“Semua ini belum dimuktamadkan lagi mungkin akan perbincangan kedua-dua pihak bersama dengan penganjur liga. Kita tengoklah apa jadi,” kata sumber itu.

Selangor United layak ke Liga Premier 2019 setelah muncul sebagai naib juara Liga FAM pada tahun 2018. Mereka menghuni kedudukan kesembilan pada musim ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*