Malaysia raih sedikit kelebihan sebelum berdepan Kemboja

Skuad Harimau Muda berjaya meraih sedikit kelebihan hasil kemenangan 4-0 ke atas Timor Leste, semalam sebelum turun menentng Kemboja pada perlawnan terakhir peringkat Kumpulan A, esok.

Kemenangan itu memberikan tiga mata pertama buat Malaysia dalam kempen kali ini dan membuka peluang buat anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee untuk mara ke pusingan separuh akhir.

Menariknya, peluang untuk ke pusingan separuh akhir bukan sahaja terbuka kepada Malaysia malah turut terbuka kepada Kemboja dan tuan rumah, Filipina di mana ketiga-tiga pasukan ini berkongsi empat mata dan hanya dipisahkan dengan perbezaan gol.

“Apa yang menjadi perhatian saya dalam aksi ini adalah jumlah jaringan. Kami bernasib baik di mana mereka (Timor Leste) mempunyai banyak peluang tapi tidak dapat menyempurnakannya.

“Ia sekurang-kurangnya memberi sedikit kelebihan sebelum kami turun perlawnan terakhir. 

“Apapun, tiga mata ini cukup bermakna dan amat baik untuk kami menghadapi aksi terakhir kumpulan dan saya harap kita mampu laksanakan tugas dengan baik nanti,” kata Kim Swee pada sidang media.

Untuk menduduki tangga kedua Kumpulan A, Malaysia wajib mencatatkan kemenangan ke atas Kemboja dalam perlawnan pada hari esok.

Bagaimanapun, sekiranya Malaysia hanya mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Kemboja, pasukan tuan rumah, Filipina mampu memintas Malaysia dengan syarat mereka perlu mencatatkan kemenangan dengan jaringan melebihi 4-0 ke atas Timor Leste.

Sementara itu, pasukan Myanmar menjadi pasukan pertama yang mengesahkan kemaraan ke saingan separuh akhir selaku juara Kumpulan A setelah mengutip 10 mata daripada 4 perlawnan.

Foto: FAM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*