Gandingan yang dinantikan, duo penye rang Red Giants, Ifedayo-Rufino

Tatkala gandingan ‘2K’ yang terdiri daripada Tchetche Kipre dan Kpah Sherman di Kedah menjadi sebutan para peminat, tumpuan juga harus diberikan kepada gandingan duo penye rang baharu di Selangor, Ifedayo dan Rufino.

Baru-baru ini, Persatuan Bolase pak Selangor (FAS) mengumumkan secara rasmi pengekalan dua penye rang importnya, Ifedayo Olusegun dari Nigeria dan Rufino Segovia dari Sepanyol menjelang saingan baharu, Liga Malaysia 2020. 

Kedua-duanya bakal digandingkan bersama untuk mengemudi jentera sera ngan pasukan Red Giants di bawah kendalian ketua jurulatih, B. Satiananthan.

Dari segi statistik jaringan, seperti kita sedia maklum, Rufino yang berusia 34 tahun merupakan pemilik Anugerah Kasut Emas 2018 yang menjaringkan sejumlah 31 gol pada musim tersebut.

Ma langnya, Selangor kempunan khidmat Rufino pada musim ini apabila beliau terpaksa berehat panjang ekoran ditimpa kecede raan serius pada awal musim.

Manakala Ifedayo Olusegun, 28 tahun, menunjukkan satu persembahan yang mengatasi jangkaan ramai pada musim ini dengan menjaringkan 16 gol serta mencipta 3 assist pada musim ini walaupun direkrut oleh Selangor pada jendela perpindahan kedua.

Foto: MFL

Jika dilihat dari segi gaya permainan pula, Rufino Segovia merupakan seorang penye rang yang berba haya apabila berada di dalam kotak penalti. Dia cukup bijak mencari ruang sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gawang. Malah turut mempunyai tandukan yang baik di dalam kotak penalti. Rufino dijangka diletakkan sebagai top striker dalam perancangan B. Satiananthan musim depan.

Bagi penye rang dari Nigeria, Ifedayo merupakan seorang pemain yang mempunyai kawalan bola dan larian dengan bola yang baik. Satu lagi aset yang ada pada Ifedayo adalah kelajuan. Sesuatu yang menarik untuk disaksikan jika diletakkan Ifedayo di belakang Rufino atau di sebelahnya.

Sebagai tambahan gandingan ini mampu menggegarkan kancah Liga Malaysia musim depan jika diambil kira faktor bahagian tengah Selangor ketika ini. Kemasukan Brendan Gan yang akan membawakan peranan box-to-box midfielder pastinya memberikan sun tikan tambahan kepada ‘enjin’ Red Giants disamping kelibat pemain berpengalaman, Sandro da Silva.

Tidak dilupakan, Syazwan Zainon serta Khyril Muhymeen turut mampu memberikan suapan bola kepada Rufino dan Ifedayo daripada kedua-dua belah sayap.

Foto: FA Selangor

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*