Bekas pemain import TFC kembali semula ke Liga Thailand

Bekas pemain tengah Terengganu FC (TFC), Thierry Chantha Bin dilaporkan telah menyertai kelab dari divisyen 1 Thailand, Sukothai FC secara rasmi sebagai pemain import kuota asean.

Pemain berda rah kacukan Kemboja dan Perancis itu telah menandatangani kontrak selama setahun dan tidak sabar memulakan musim baharu dalam liga terbaik di Asia Tenggara itu.

Sebelum ini, beliau pernah beraksi dalam liga divisyen 3 negara tersebut bersama kelab Krabi FC dan menjadi pemain kemboja yang pertama beraksi di Liga Thailand.

Pemain skuad kebangsaan Kemboja itu pernah menyarung jersi skuad kebangsaan Perancis bawah 17 tahun dan beraksi dengan cemerlang pada musim lalu apabila membantu Terengganu FC mara ke final Piala Malaysia 2018.

Malah, beliau juga hampir meninggalkan Terengganu selepas diintai oleh kelab dari Thailand awal musim ini, kemudian memilih untuk kekal bersama skuad penyu dengan kontrak selama setahun.

Bagaimanapun, sejak ketiadaan Irfan Bakti yang telah meletak jawatan sebagai pengendali skuad penyu, beliau gagal mempamerkan prestasi seperti yang diharapkan dan sering memanaskan bangku simpanan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*