Malaysia bakal terima 1 slot automatik peringkat kumpulan AFC Champions League

Selepas pihak AFC mengesahkan akan menambah bilangan pasukan bertanding dalam saingan AFC Champions League mulai musim 2021 kepada 40 pasukan dari 32 pasukan ketika ini, ramai peminat bola sepak tanahair yang masih tertanya-tanya mengenai status Malaysia dalam kejohanan kelab paling berprestij di Asia itu.

Dalam perkembangan terkini, difahamkan bahawa 10 MA terbaik dari Asia Barat dan Asia Timur akan menerima sekurang-kurangnya 1 slot automatik ke peringkat kumpulan mulai musim 2021 nanti.

Diramalkan pihak AFC akan menggunakan kedudukan ranking MA berakhir pada bulan November 2019 sebagai asas menentukan 10 MA terbaik bagi kedua-dua bahagian Asia Barat dan Asia Timur.

Jika diperhatikan, Malaysia menamatkan musim 2019 dengan berada dikedudukan ke 9 MA ranking Asia Timur, dan jika mengikut perkembangan diatas kita akan layak menerima 1 slot automatik ke peringkat kumpulan saingan AFC Champions League musim 2021 dan tiada pasukan ke saingan play-off.

Juara saingan AFC Champions League dan AFC Cup juga akan menerima 1 slot play-off saingan AFC Champions League musim berikutnya jika gagal melayakkan diri melalui liga domestik.

Mengikut peraturan yang ditetapkan, juara liga sesebuah MA akan menerima slot automatik saingan AFC Champions League tersebut jika memenuhi syarat perlesenan kelab AFC.

Selain itu, MA yang berada di ranking 7 hingga 10 juga turut akan menerima slot dalam peringkat kumpulan kejohanan AFC Cup 2021.

Berdasarkan slot bagi kedua-dua kejohanan ini – AFC Champions League dan AFC Cup 2021, Malaysia bakal mempunyai 1 pasukan dalam saingan peringkat kumpulan AFC Champions League dan 2 pasukan dalam saingan AFC Cup.

Sehingga artikel ini ditulis, itu sahaja maklumat yang diperolehi. Informasi lebih lanjut berkenaan slot dan butiran lain mengenai AFC Champions League dan AFC Cup akan diumumkan oleh pihak AFC dalam masa terdekat

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*