Nor Hakim Hassan sah sarung jersi Selangor

Pasukan Selangor meneruskan usaha dalam memantapkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila menandatangani bekas pemain Perak, Nor Hakim Hassan.

Perkara ini disahkan oleh Persatuan Bola Se pak Selangor (FAS) menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi badan tersebut sebentar tadi.

“Suka cita diumumkan bahawa Nor Hakim Hassan kini sah bergelar pemain Selangor untuk musim 2020,” kata FAS.

Setelah dua musim beraksi bersama pasukan Perak, Hakim mengambil keputusan untuk mencari cabaran baharu dan beliau telah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak sepanjang menyarung jersi Perak pada November lalu.

Nor Hakim merupakan pemain ketiga yang menyertai pasukan Selangor selepas Rodney Celvin Akwensivie dan Brendan Gan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*