Formasi 3-4-3 bukan punca Malaysia bungkus awal – Ong Kim Swee

Skuad bawah 22 tahun (B-22) negara menutup kempen Sukan SEA 2019 dengan kekalahan memalvkan 3-1 kepada Kemboja di Stadium Memorial Rizal, Manila petang semalam sekaligus tersingkir dari kejohanan itu di peringkat kumpulan pada temasya sukan dwi tahunan itu.

Rata-rata penyokong bola se pak negera menyalahkan taktikal ketua jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee yang menggunakan formasi 3-4-3 sepanjang empat perla wanan yang menyaksikan Malaysia hanya mencatat satu kemenangan ‘nasib’ ke atas Timor-Lester selain tumpas dua perla wanan kepada Filipina dan Kemboja serta seri dengan Myanmar.

Namun demikan, memetik laporan oleh Bernama, pengendali berusia 48 tahun itu enggan menjadikan 1su formasi sebagai punca kepada prestasi burvk skuad muda negara.

“Apabila kita layak ke peringkat suku akhir (Sukan Asia 2018) dengan menewaskan Korea Selatan, tak ada orang yang mempersoalkan formasi saya, tetapi kenapa mempertikaikan sekarang sedangkan ramai pemain yang sama.

“Jika kita melihat pada formasi, macam-macam formasi yang kita boleh bermain, tetapi kalau kita tidak boleh bermain mengikut kehendak kita, kerana itu keputusan tak menyebelahi kita,” katanya pada sidang media selepas perlawa nan itu.

Kemenangan Kemboja menyaksikan ‘pasukan kerdil’ itu mengiringi juara kumpulan, Myanmar ke peringkat separuh akhir yang menjadikan satu pencapaian luar biasa buat pasukan yang menduduki ranking 173 dunia itu.

Sebaliknya Kim Swee beralasan bahawa pencapaian burkk itu tidak menjadikan dunia ini sudah k1amat dan ia membuktikan beberapa pasukan belas ahan di Asia Tenggara – yang telah membel asah Malaysia – sudah menunjukkan peningkatan.

Beliau kemudian menjadikan tempoh persediaan yang singkat untuk menghadapi kempen sebagai salah satu punca kepada prestasi hambar yang ditampilkan anak buahnya.

“Kita perlu menerima hakikat ini. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa, tetapi kita harus memikirkan apa yang harus kita lakukan selepas ini supaya tidak ketinggalan daripada pasukan ASEAN lain,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Kemboja, Felix Agustin Gonzales Dalmas, menyifatkan kejayaan Kemboja mencatat kemenangan mudah ke atas Malaysia sekaligus menen dang keluar finalis Sukan SEA 2017 dari saingan sudah pun dijangka dari awal.

Kredit Foto: សហព័ន្ធកីឡាបាល់ទាត់កម្ពុជា

 

“Dari awal lagi, kami yakin dapat menewaskan Malaysia sebagai pasukan yang hebat di rantau ini.

“Saya cukup gembira melihat kegembiraan jelas terpancar di wajah pemain dengan kemenangan besar ini. Kami berusaha keras untuk melihat kegembiraan ini. Saya percaya rekod pertemuan dengan Malaysia tidak lagi relevan. Kami perlu teruskan langkah untuk perlawa nan seterusnya di separuh akhir,” katanya.

Jurulatih muda berusia 31 tahun kelahiran Argentina itu mula membimbing skuad muda Kemboja sejak November tahun lalu dan berjaya meningkatkan prestasi pasukan itu dalam masa yang singkat dengan kejayaan terbesarnya membawa Kemboja layak ke peringkat suku akhir Kejohanan AFF B-23 pada awal tahun ini.

Dengan kegagalan yang menga ibkan ini, masa depan Kim Swee bersama skuad B-22 negara kini menjadi teka teki selepas beliau sebelum ini mengatakan Sukan SEA 2019 di Filipina ini akan menjadi temasya sukan terakhir beliau.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*