Zlatan Ibrahimovich tolak kembali beraksi di EPL untuk sertai ‘Kelab Istimewa’

Zlatan Ibrahimovic dilaporkan telah menolak tawaran untuk kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk menyertai sebuah kelab istimewa’ dihati beliau.

Menurut laporan Fox Sports, kelab istimewa tersebut harus kembali memenangi kejuaraan selepas lama menyepi selaku pencabar utama di saingan Serie A Itali.

Laporan oleh Telegraph pula merujuk kelab yang dimaksudkan itu ialah AC Milan, dengan perjanjian telah pun dipersetujui diantara pemain tersebut dan pihak kelab untuk perpindahan pada Januari hadapan.

Bekas penyerng Manchester United berusia 38 tahun itu telah menarik perhatian beberapa kelab EPL selepas meninggalkan LA Galaxy di Major League Soccer (MLS).

Zlatan adalah antara bintang Manchester United di bawah kendalian Jose Mourinho diantara 2016 sehingga 2018.

Perjanjian untuk Ibrahimovic ke San Siro dikatakan telah dipersetujui secara lisan, dengan kontrak sehingga ke penghujung musim 2019/20 untuk membantu Milan memberikan cabaran di Serie A.

Bekas pemain antarabangsa Sweden ini melalui kempen yang menakjubkan di England apabila tampil dengan 28 gol untuk membantu Manchester United muncul juara Liga Eropah (UEL) dan Piala Carabao.

Bagaimanapun kecede raan lutut yang teruk memaksa beliau berehat panjang sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat – tetapi pemain ini sememangnya sentiasa mendapat perhatian kelab-kelab di Eropah kerana kemampuan beliau.

Perpindahan Ibrahimovich ke Milan bukan perkara yang mengejutkan. Pemain itu pernah beraksi bersama kelab tersebut sebelum ini, dan membantu Milan merangkul kejuraan Serie A pada musim 2010/11.

Tidak syak lagi, AC Milan kini adalah pilihan utama untuk mendapatkan khidmat Ibrahimovic selepas destinasi seterusnya pemain ini sentiasa menjadi topik perbualan hangat peminatnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*