UAE pecat ketua jurulatih Bert Van Marwijk

Ketua jurulatih UAE Bert Van Marwijk telah dipecat oleh Persatuan Bola Sepak UAE berkuatkuasa semalam selepas dimalvkan oleh Qatar dalam kejohanan Gulf Cup 2019.

Jurulatih berasal dari Belanda itu dilantik untuk mengemudi pasukan UAE pada 20 Mac lalu, dan telah mengendalikan pasukan kira-kira 8 bulan 15 hari sahaja.

Sejak dipegang oleh Bert Van Marwijk, UAE telah mengharungi 9 perlawnan dan hanya mampu menang 5 perlawnan dengan peratusan kemenangan sekitar 55.56%.

Prestasi Burvk Dalam Gulf Cup 2019

Terkini dalam kejohanan Gulf Cup 2019, UAE hanya mampu menang 1 perlawnan ketika berdepan Yemen hasil hatrik Ali Mabkhout.

Namun 2 kekalahan berturut-turut kepada Iraq (0-2) dan Qatar (2-4) menutup terus peluang mereka untuk layak ke pusingan seterusnya.

Sebelum ini Bert Van Marwijk pernah membimbing pasukan Arab Saudi layak ke saingan Piala Dunia 2018, namun disebabkan beberapa 1su yang melanda terutamanya berkaitan kontrak, beliau tidak menyambung khidmat bersama pasukan itu.

Kelayakan Piala Dunia 2022

Dalam pusingan kelayakan Piala Dunia pula, pasukan UAE kini berada dikedudukan ke 4 kumpulan G dibelakang Malaysia selepas mengutip 6 mata dari 4 perlawnan.

Skuad UAE ini juga tewas 2 perlawnan berturut-turut kepada Thailand dan juga Vietnam, menjadikan mereka kini tertekan untuk cuba melayakkan diri pusingan 3 kelayakan Piala Dunia 2022.

UAE akan bertemu Malaysia dalam perlawnan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mac 2020 nanti. Dalam perlawnan itu juga, pasukan UAE kehilangan pemain pertahanan tengah utama mereka akibat digantung kerana mengutip 2 kad kuning.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*