Kekalahan pertama Mourinho Bersama Tottenham

Kepulangan Jose Mourinho ke Old Trafford berakhir dengan kekalahan 2-1 selepas dua gol dari Marcus Rashford menamatkan permulaan sempurna bekas jurulatih Manchester United itu yang mengharungi perlawnan  keempatnya bersama kelab baharu, Tottenham Hotspur.

Rashford mele dak gol pada awal separuh masa pertama sebelum tuan rumah diikat dengan gol penyamaan cantik oleh Dele Ali. Rashford kemudian menyudahkan sepak an penalti pada awal babak kedua untuk memastikan Mourinho pulang dengan tangan kosong dan mengurangkan tekanan ke atas pengurus Ole Gunnar Solskjaer.

Keputusan itu melonjak kedudukan United ke tangga ke enam dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL), namun mesih ketinggalan lapan mata dengan pasukan di tangga keempat, Chelsea. Spurs pula yang mengalami kekalahan pertama di bawah bimbingan Mourinho tergelincir ke tangga kelapan.

Kemenangan ini ternyata satu suntikan moral buat United dan Solskjaer yang bakal menghadapi perlawnan derbi Manchester di Stadium Etihad pada petang Sabtu.

Solskjaer membuat empat perubahan daripada kesebelasan ketika pasukan itu seri dengan Aston Villa pada Ahad. Scott McTominay kembali dari kecede raan sementara Ashley Young, Jesse Lingard dan Mason Greenwoord turut memulakan perlawnan menggantikan Brandon Williams, Andreas Pereira, Anthony Martial.

Mourinho turut membuat dua pertukaran daripada skuadnya yang mencatat kemenangan 3-2 ke atas Bournemouth pada Sabtu dengan Harry Winks dan Lucas Moura menggantikan Eric Dier dan Tanguy Ndombele.

United hanya memerlukan enam minit untuk mendahului hasil dari kesilapan Sanchez yang gagal dikeluarkan Sanchez sebelum Lingard membuat kuisan ke belakang dan segera disudahkan Rashford yang merembat dari penjuru kanan kotak penalti pasukan Spurs.

Paulo Gazzaniga kemudian menebus kesilapannya dengan menafikan tiga percubaan United. Bermula dari percubaan jarak dekat Mason Greenwood dan rembatan kencang Rashford dari luar kotak penalti yang ditepis sebelum terkena palang.

Deretan peluang untuk menambah jaringan yang disia-siakan itu terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila Dele Alli menyamakan kedudukan. Percubaan pertamanya diselamatkan David De Gea sebelum bola yang melantun ke arah pertahanan United disungkit kebelakang dan beliau berpusing untuk melepaskan rembatan melepas penjaga gol Sepanyol berkenaan.

Hanya seketika selepas bermula separuh masa kedua, United kembali di depan selepas Rasforsd yang membuat larian masuk ke dalam bahagian kanan gol Spurs dijatuhkan Moussa Sissoko dan dihadiahkan sepakan penalti. Rashford yang mengambil sepak an itu berjaya mengatasi Gazzaniga yang merebahkan badannya ke arah yang salah.

Manchester United mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri dalam sembilan perlawnan terakhir mereka sejak tewas 2-1 kepada Crystal Palace pada bulan Ogos lepas.

Seperti yang dijangka, kepulangan Mourindo ke Old Trafford disambut dengan baik oleh penonton di Stadium. Bekas pengurus United itu tidak pernah mempunyai sebarang 1su dengan penyokong Red Devils sepanjang mengendalikan pasukan itu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*