Thailand terima nasib yang sama dengan Malaysia

Juara bertahan acara bola se pak Sukan SEA, Thailand, turut mengalami nasib yang sama dengan skuad Malaysia apabila sah tersingkir diperingkat kumpulan apabila hanya mampu berada dikedudukan ke 3 kumpulan B selepas seri 2-2 bertemu pasukan Vietnam.

Dalam perlawa nan terakhir peringkat kumpulan, Thailand pada awal permainan memperolehi kelebihan 2 gol namun gagal mempertahankan kedudukan itu apabila membenarkan anak buah Park Hang-seo menyamakan kedudukan termasuk 1 sepa kan penalti yang mencetuskan kontr0versi.

Dengan keputusan seri tersebut, membolehkan ketua jurulatih Vietnam dari Korea Selatan itu mengekalkan rekod tanpa kalahnya dirantau Asia Tenggara sehingga sekarang.

Sebuah lagi pasukan dari kumpulan B yang melayakkan diri ke saingan separuh akhir acara bola se pak Sukan SEA 2019 adalah pasukan Indonesia yang muncul sebagai naib juara kumpulan dan akan bertemu dengan juara kumpulan A iaitu pasukan Myanmar yang dibimbing oleh Velizar Popov.

Pasukan yang sedang meningkat naik, Kemboja dijadualkan akan bertemu dengan pasukan Vietnam yang masih memburu pingat emas pertama bola se pak di Sukan SEA.

Bagi pasukan Kemboja yang buat pertama kali dalam sejarah Sukan SEA layak ke saingan separuh akhir pula pasti akan memberikan saingan sengit kepada Vietnam dan tidak mustahil akan melakukan upset keatas skuad Park Hang-seo.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*