Liridon Krasniqi dilihat jalani latihan bersama JDT, sedia beraksi untuk Harimau Malaya?

Dalam satu video yang dimuat naik di laman sosial Instagram oleh pasukan Johor Darul Ta’zim beberapa jam lalu, dapat diperhatikan dengan jelas kelibat pemain Liridon Krasniqi yang menjalani latihan pertama skuad itu petang tadi.

Tiada maklumat lanjut diperolehi setakat ini tetapi visual tersebut menguatkan lagi desas desus bahawa Liridon Krasniqi bakal muncul sebagai pemain naturalisasi terbaru Malaysia pada tahun hadapan.

Selain itu, satu akaun Twitter yang menggunakan nama Kosovans Abroad memuat naik satu status yang menyatakan bahawa Liridon Krasniqi bakal muncul sebagai pemain Albania pertama menyarung jersi pasukan negara Asia.

Akaun itu juga menyebut bahawa Naib Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi juga memberitahu kini sedang menanti maklum balas dari FIFA (mengenai status Liridon Krasniqi menyarung jersi Malaysia), dan dijangka beliau akan bersedia untuk pasukan kebangsaan pada tahun 2020.

Jika apa yang dikatakan oleh Kosovans Abroad itu benar, maka Liridon Krasniqi bakal muncul sebagai pemain naturalisasi kedua Malaysia selepas Mohamadou Sumareh dan dijangka dapat memperkuatkan pasukan kebangsaan Malaysia dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 nanti.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*