Kemboja hantar Malaysia pulang lebih awal

Skuad bola se pak bawah 22 tahun negara (B-22) terpaksa menelan hakikat bahawa mereka perlu pulang lebih awal daripada temasya Sukan SEA kali ini apabila tewas 0-3 kepada Kemboja pada perlawa nan terakhir peringkat kumpulan di Stadium Memorial Rizal sebentar tadi.

Dalam perlawa nan itu, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee seolah-olah kehilangan punca dan gagal mempamerkan corak permainan yang sebenar. Manakala Kemboja menguasai perlawa nan serta kerap memberi tekanan kepada benteng pertahanan negara.

Mimpi bu ruk Malaysia bermula di separuh masa kedua apabila Sodavid mengambil kesempatan untuk melepaskan rembatan leret pada minit ke 56 selepas bola sepa kan penjuru Kemboja ditampan keluar oleh Haziq Nadzli.

Jaringan tersebut membangkitkan semangat Kemboja untuk terus mengandakan asakan dan mereka berjaya memperolehi jaringan kedua melalui rembatan kaki kiri Sieng Chanthea yang mudah menewaskan Haziq pada minit ke 57.

10 minit kemudian, giliran bekas pemain import PKNP FC, Keo Sokpheng yang tidak dikawal menambah de rita negara selepas menyudahkan hantaran cantik dari sebelah kanan. 

Malaysia memperolehi gol saguhati pada minit akhir perlaw anan melalui pemain gantian, Quentin Cheng namun ia belum cukup untuk memastikan kemaraan skuad negara ke peringkat separuh akhir.

Ini juga merupakan kemenangan pertama Kemboja ke atas Malaysia sejak tahun 1961 dan mereka turut mencipta sejarah mengiringi Myanmar mara ke peringkat separuh akhir buat kali pertama.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*