Melaka United belanja sakan, umum kemasukkan 2 lagi pemain

Bekas pemain Felda United, Pahang dan juga Terengganu, iaitu Syamim Yahya sah menjadi pemain baharu Melaka United.

Menerusi kenyataan rasminya, Melaka United menyatakan: “Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) dengan ini mengucapkan selamat datang kepada pemain baharu Melaka United, Ahmad Syamim Yahya yang sah bakal menyarung jersi Skuad Hang Tuah bagi musim 2020.

Syamim, berusia 29 tahun kelahiran Raub, Pahang lebih sinonim beraksi di bahagian sayap kiri berpengalaman beraksi dalam Liga Malaysia sejak 2012.

Beliau memulakan karier profesionalnya bersama pasukan Johor (kini JDT II) dalam saingan Liga Premier 2012 sebelum berhijrah ke Terengganu menyertai T-Team pada musim berikutnya.

Kemuncak karier beliau setakat ini adalah ketika bersama Felda United FC dari 2014 hingga 2016 apabila menjadi tonggak penting dalam memastikan kemaraan Skuad The Fighters ke saingan Liga Super 2015 selepas membantu pasukan itu muncul Naib Juara Liga Premier 2014.

Musim 2016 pula menyaksikan Syamim turut membantu Felda United muncul Naib Juara Liga Super sebelum beliau menyertai Pahang pada musim 2017 dan kembali semula ke Felda United semusim selepas itu.

Musim lalu menyaksikan Syamim menyertai Terengganu FC sebelum bakal membuat penampilan sulung bersama Melaka United musim ini.

Selamat berjaya Syamim, semoga dengan pengalaman yang dimiliki dalam kancah Liga Malaysia diharap bakal membantu Skuad Hang Tuah dalam kempen Liga Malaysia 2020 daripada kami di MUSA.”

Syamim Yahya sebelum ini pernah dipanggil beraksi untuk skuad kebangsaan. Namun selepas itu prestasi beliau agak turun naik. Dan mungkin di Melaka United, Zainal Abidin Hassan akan mampu membantu pemain itu mengembalikan semula pemain tersebut ke dalam skuad Harimau Malaya.

Selain itu MU juga mengumumkan seorang lagi pemain iaitu Mohd Aizulridzwan.

Pemain berusia 33 tahun itu adalah seorang pemain berpengalaman yang boleh beraksi di posisi bek kiri dan bek tengah.

Musim lalu, beliau bermain bersama pasukan PJ City FC.

Sepanjang beraksi sebagai pemain profesional sejak 2011, beliau telah beraksi bersama beberapa pasukan Liga Malaysia bermula dengan PKNS FC sebelum menyertai DRB-Hicom (2012) dan T-Team (2013).

Beliau kemudiannya bersama Felda United FC selama 3 musim dari 2014 hingga 2017 sebelum menyertai Negeri Sembilan pada musim 2018.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SemuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*