‘Ubi Muda’ Kedah bernilai RM5 juta seorang

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) minggu lalu mengumumkan kemasukan dua pemain muda daripada skuad Piala Presiden iaitu Mohd Aiman Afif dan Luqman Hakim dengan kontrak jangka panjang sehingga tahun 2024 serta klausa perlepasan bernilai RM5 juta setiap seorang.

Kedua-dua pemain ini cukup cemerlang ketika beraksi dalam saingan Piala Presiden sehingga menarik minat ketua jurulatih Kedah, Aidil Shahrin Sahak untuk menyerapkan mereka ke dalam skuad senior.

“Lanjutan kontrak kedua- dua pemain itu disertakan dengan harga tebus nilai sebanyak RM5 juta bagi kedua-dua pemain selaras potensi dan juga bakat mereka miliki.

“Langkah ini sejajar dengan misi dan visi persatuan yang komited menjaga kebajikan serta bakat setiap pemain bernaung di bawah persatuan dan juga memastikan situasi menang-menang antara persatuan dan pemain jika pemain mendapat tawaran beraksi di peringkat lebih tinggi kelak,” kata Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris.

Aiman Afif yang kini berusia 18 tahun turut mempamerkan prestasi cemerlang ketika mewakili skuad Malaysia B-18 dalam saingan kelayakan AFC B-19 bulan lepas. Beliau merekodkan 7 gol dalam kejohanan tersebut. Beliau turut membantu Malaysia mara ke perlawa nan akhir kejohanan AFF B-18.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*