Ramalan kesebelasan utama Malaysia berdepan Kemboja

Nasib skuad B-22 tahun negara dalam temasya Sukan SEA 2019 sama ada akan mara ke peringkat separuh akhir atau sebaliknya bakal ditentukan pada hari ini apabila berdepan pasukan Kemboja di Stadium Memorial Rizal, Manila petang ini.

Pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee ketika ini menduduki tangga ketiga dibelakang Myanmar yang telah melayakkan diri selaku juara kumpulan serta Kemboja yang menghuni tangga kedua. Meskipun Malaysia dan Kemboja mempunyai kutipan mata yang sama, namun perbezaan jaringan memisahkan kedua-dua pasukan.

Bagi mengharungi perlawanan hari ini, Datuk Ong dijangka membuat perubahan dalam kesebelasan utama dimana bahagian pertahanan dijangka bakal diubah kerana posisi tersebut mudah dieskploitasi sepertimana yang terjadi pada perlaw anan menen tang Timor Leste Isnin lalu.

Berikut ramalan kami mengenai kesebelasan utama yang mungkin dipilih oleh Datuk Ong hari ini:

Di bahagian tengah dan seran gan, Datuk Ong dijangka tidak membuat sebarang perubahan kerana pemain yang diturunkan di dua bahagian ini menampilkan persembahan yang baik ketika Malaysia menewaskan Timor Leste dengan keputusan 4-0.

Pada masa yang sama, tuan rumah Filipina turut memburu tempat ke peringkat separuh akhir. Malaysia wajib menang ke atas Kemboja sambil mengharapkan pasukan yang diwakili oleh Justin Baas ini gagal untuk meraih kemenangan ke atas Timor Leste.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*