Menang semua daripada 4 perlawnan, Vietnam masih belum sah mara

Vietnam menang 1-0 ke atas Singapura dalam saingan kumpulan B – bagi acara bola sep ak lelaki.

Pasukan seberang tambak itu tewas buat kali ketiga berturut-turut dalam perlawnan peringkat kumpulan B.

Hakikatnya, pasukan Singapura yang juga dikenali sebagai Singa Muda, sebenarnya sudah pun tersingkir sebelum menye pak bola sekalipun dalam aksi berhadapan dengan Vietnam – di Stadium Memorial Rizal.

Ini selepas Thailand menang 2-0 ke atas  Laos dalam aksi yang menyaksikan Suphanat menjaringkan 2 gol pada minit ke-90 dan 1 gol lagi pada masa kecede raan separuh masa kedua.

Fokus tertumpu kepada Vietnam yang mahu menentukan kemaraan mereka. Tandukan oleh Ha Duc Chinh pada minit ke-84, memastikan anak-anak buah Park Hang Seo hamoir pasti mara ke pusingan kalah mat1.

Vietnam mengekalkan rekod sempurna dalam kumpulan B – Vietnam menang 4 kali daripada 4 perlawnan. Namun masih belum sah mara.

Itu sudah cukup membuktikan betapa sengitnya saingan kumpulan B ini.

Singapura  bukan sahaja tewas 3 kali berturut-turut, malah gagal menjaringkan gol dalam kesemua 4 perlawnan setakat ini dalam Sukan SEA.

Ia memberikan isyarat bahawa, segalanya serba tidak kena buat pasukan Singapura. Sesuatu harus mereka lakukan untuk memperbaiki prestasi.

Vietnam kini dalam misi mahu memastikan mereka mara sebagai juara kumpulan B. Tetapi mereka juga perlu mengelak malape takan tersingkir. Ini kerana aksi terakhir mereka adalah berhadapan dengan Thailand.

Vietnam hanya perlu mengelakkan mereka kalah untuk mara.

Vietnam tampil sebagai pasukan pilihan untuk memenangi emas acara bola se pak pada kali ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*