Dickson Nwakaeme dalam radar pasukan Perak

Pasukan Perak sedikit senyap dalam bursa perpindahan pemain bagi menghadapi saingan musim hadapan apabila mereka masih belum mengumumkan pemain baharu yang menyertai pasukan.

Meskipun beberapa pemain utama telah meninggalkan pasukan seperti Brendan Gan dan Nor Hakim Hassan yang menyertai Selangor serta Nasir Basharudin yang berhijrah ke Terengganu, Perak seolah-olah berdiam diri dan enggan mencari pengganti.

Dickson Nwakaeme Sudah Mula menjalani latihan. FOTO: Pahang FA

 

Akan tetapi, perkara tersebut nampaknya akan berakhir dimana Persatuan Bola Se pak Perak (PAFA) dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat bekas penye rang import Pahang, Dickson Nwakaeme.

PAFA mengambil keputusan untuk mengekalkan dua pemain import sahaja daripada skuad musim 2019 iaitu Leandro Dos Santos serta Careca. Ronaldo Enrique serta Hussein El Dor ditamatkan kontrak dimana mereka mahu mencuba pemain lain.

Dickson sendiri turut tidak disambung kontraknya oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dan kini beliau berstatus ejen bebas.

Sumber Gambar: @quenewsmpb

 

Jika Dickson Nwakaeme menyertai pasukan Perak, maka beliau akan bergandingan dengan Careca di bahagian sera ngan sambil dibantu oleh Leandro di bahagian tengah serta seorang pemain yang dikhabarkan beraksi bersama Selangor musim ini.

Pada masa yang sama, PAFA menegaskan mereka tidak akan menggunakan kuota pemain import Asean bagi memberi peluang kepada pemain tempatan bagi menyinar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*