Beraksi dalam 125 perlawnan dalam tempoh 2 tahun, Nguyen Quang Hai catat lebih 10,000 minit masa bermain

Berita mengenai kecede raan yang melanda pemain tengah Vietnam yang juga kapten skuad Sukan SEA mereka, Nguyen Quang Hai mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai negara di Asia Tenggara khasnya.

Pemain yang baru berusia 22 tahun itu telah bermain dalam banyak perlawnan diperingkat kompetitif samada dalam saingan liga domestik, AFC Cup dan juga bersama skuad kebangsaan Vietnam.

Terkini, menurut beberapa media dari Vietnam melaporkan bahawa Nguyen Quang Hai telah beraksi dalam 125 perlawnan untuk 2 tahun terakhir ini, kombinasi bagi pasukan kebangsaan Vietnam dan juga kelab Hanoi FC.

Berikut adalah statistik ringkas Nguyen Quang Hai dalam 2 tahun terkini;

Pasukan Vietnam:

Penampilan: 53 kali

Minit bermain: 4,263 minit

Jaringan: 17 gol

Bantuan gol: 11 kali

Hanoi FC:

Penampilan: 72 kali

Minit bermain: 5,814 minit

Jaringan: 20 gol

Bantuan gol: 21 kali

Jika diperhatikan, secara keseluruhannya Nguyen Quang Hai telah turun beraksi dalam 125 perlawnan, merekodkan 10,077 minit masa bermain, menjaringkan 37 gol dan melakukan 32 bantuan gol dalam tempoh 2 tahun terkini. G1la!

Selepas beraksi selama 168 jam diatas padang, akhirnya Nguyen Quang Hai telah mengalami kecede raan yang dilaporkan agak ser1us oleh pasukan perubat Vietnam semalam, dan telah dipastikan tidak akan turun dalam perlawnan bertemu Thailand petang ini.

Ramai penyokong bola se pak Vietnam menarik nafas lega apabila pemain tonggak mereka ini akhirnya mendapat ‘rehat’ selepas beraksi cukup cemerlang baik untuk kelab dan juga pasukan kebangsaan.

Tahun 2020 Vietnam akan turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perla wanan kelayakan Piala Dunia 2022 pada 31 Mac 2020, dan ini adalah perla wanan penting untuk kedua-dua pasukan meneruskan misi untuk layak ke pusingan ke 3 kelayakan Piala Dunia 2022.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*