Laluan semakin sukar buat Ljungberg

LONDON: Freddie Ljungberg sedang kalah dalam pertar ungan untuk meyakinkan kakitangan kelab itu bahawa dia boleh bergelar pengurus Arsenal di sebalik kebimbangan penye rang Pierre-Emerick Aubmeyang sudah bersedia meninggalkan kelab berkenaan.

Bekas bintang Sweden berusia 42 tahun itu diletakkan sebagai pengurus sementara Gunners selepas pemecatan Unai Emery minggu lalu tetapi dia melalui permulaan bu ruk, hanya mengumpul satu mata berdepan Norwich dan Brighton. 

Kekalahan 2-1 di laman sendiri kepada skuad Seagulls awal pagi Jumaat lalu melebarkan rekod tanpa menang kelab itu kepada sembilan perla wanan.

Kini timbul keraguan sama ada Ljungberg memiliki kepakaran untuk menukar kedaan sukar kelab itu terutama rekod bu ruk di bahagian pertahanan dengan ramai merasakan mereka melepaskan terlalu banyak gol yang seharusnya menjadi keutamaan.

Disebabkan kurang pengalaman, ada kebimbangan Ljungberg akan berge lut untuk menyelesaikan masalah itu.

Kelab berkenaan berharap dapat menggunakan bekas pemain untuk mencetuskan kebangkitan sambil mencari sedikit masa mengenalpasti pengganti sesuai kepada Emery sama seperti Ole Gunnar Solskjaer di Manchester United.

Sambil itu ada harapan Ljungberg boleh muncul pencabar utama untuk jawatan tetap itu namun peluang itu tampak samar sebelum pasukan itu berkunjung ke West Ham awal pagi Selasa ini. Skuad Hammers boleh sama mata jika menang menen tang skuad Ljungberg.

Masih belum ada kata sepakat daripada pengurusan Arsenal untuk sasaran utama menggantikan Emery terutama selepas Brendan Rodgers menandatangani kontrak jangka panjang bersama Leicester semalam.

Difahamkan tugasan itu satu peluang yang besar buat Mikel Arteta yang turut mendapat sokongan pengurusan.

Calon lain termasuk Carlo Ancelotti yang tidak memiliki masa depan yang pasti di Napoli namun Arsenal mahukan calon berpengalaman di Liga Perdana yang menjadikan pengurus Wolves, Nuno Espirito Santo sebagai antara sasaran utama.

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*