Mane digelar Ronaldo versi baharu dalam dunia bolasepak

BEKAS pengurus bola sepak Belanda, Danny Blind menyifatkan penye rang Liverpool, Sadio Mane sebagai Cristiano Ronaldo versi baharu.

Nama Mane menjadi sebutan ramai selepas dia menjaringkan 13 gol dalam semua perlawnan dalam Liga Premier musim ini.

“Mane mencapai tahun yang hebat bersama pasukan Liverpool. Sebab itu saya pilih dia.

“Ramai pemain yang hebat tahun ini, pilihan itu sukar,” ujarnya.

Mane yang berasal dari Senegal berada di tangga keempat dalam penganugerahan Ballon d’Or baru-baru ini yang mana trofi utama diberikan kepada Lionel Messi.

Danny merupakan bapa kepada bekas pemain pertahanan Manchester United, Daley. – Give Me Sport.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*