PJ City bakal diperkuat dengan pemain hebat

Bagi memastikan skuad mantap, kombinasi pemain muda dan berpengalaman sangat diperlukan.

Itulah nampaknya yang dilakukan oleh Petaling Jaya City untuk Liga Super musim 2020. Berjaya mengejutkan ramai dalam musim pertama di Liga Super, mereka pastinya mahu memperbaiki kedudukan mereka musim ini atau sekurang-kurangnya menyamai rekod lepas.

Oleh sebab itu, nampaknya mereka akan terus mengekalkan khidmat penye rang berpengalaman, Safee Sali untuk musim hadapan.

Safee Sali dalam satu laporan Bernama turut menyatakan bahawa PJ City akan membawa beberapa muka baharu untuk memperkuat pasukan mereka dengan sasara lima pasukan terbaik liga diletakkan.

“Siapa orangnya biarlah rahsia, tapi apa yang dapat saya katakan musim depan kita (PJ City) akan ada nama-nama besar arena bola se pak negara.

“Mereka akan membantu memantapkan lagi pasukan bagi menghadapi saingan pasukan-pasukan besar seperti Kedah, Johor DT dan Pahang.”

Pada musim lalu, Petaling Jaya City menamatkan Liga Super di tempat kelapan dengan mengutip 26 mata daripada 22 perlawnan. Mereka berjaya mengatasi pasukan-pasukan seperti PKNS FC, Felda United, PKNP FC dan Kuala Lumpur untuk kekal di Liga Super musim hadapan.

 

Kredit foto: PJ City FC

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*