Matthew Davies tidak akan sertai pasukan lain, tetap setia dengan Pahang

Pemain pertahanan skuad Harimau Malaya, Matthew Davies mengesahkan beliau kekal bersama skuad tok gajah musim depan sekaligus menafikan khabar angin yang mengaitkannya dengan pasukan Terengganu FC.

Perkembangan itu diumumkan sendiri oleh Davies melalui satu muat naik di laman instagram miliknya hari ini.

“Saya ingin mengesahkan sekali lagi, saya masih bermain bersama Pahang untuk musim 2020. Kini dalam perjalanan ke Kuantan dan tidak sabar memulakan musim baharu,” tulisnya.

Pemain berda rah kacukan Australia dan Malaysia itu telah beraksi bersama skuad Tok Gajah sejak tahun 2015 dan sentiasa dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

Keputusannya untuk menyertai pasukan Pahang dibuat selepas mendapatkan nasihat dari bekas pemain import skuad Tok Gajah dari Australia yang pernah menabur bakti di sini seperti Alan Davidson dan Anthony Milicic.

Malaysia bukan asing bagi dirinya memandangkan ibunya berasal daripada Sabah manakala bapanya rakyat Australia.

Sepanjang bersama Pahang, Davies telah meraih kejuaraan Piala FA pada tahun 2018 dan meraih gelaran naib juara Liga Super sebanyak dua kali pada tahun 2017 dan 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*