Herold Goulon tolak tawaran kelab Portugal

Berita baik datang daripada kem pasukan Pahang apabila pemain pertahanan import dari Perancis, Herold Goulon kekal beraksi bersama skuad Tok Gajah bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh agensi yang membawa masuk Goulon ke Liga Malaysia iaitu Viza Management menerusi satu pengumuman di laman media sosial Instagram milik syarikat tersebut. Pemain berusia 31 tahun itu telah menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Persatuan BolaSepak Negeri Pahang (PBNP) sekaligus mengekalkan beliau sehingga tahun 2021.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

CONTRACT EXTENDED: Congrats to Herold Goulon who has renewed his contract with Pahang FA until 2021! #HeroldGoulon #VizaManagement #SuperLeague #SoccerViza #PahangFA #Malaysia #Football

A post shared by VizaManagement (@vizamanagement) on

Pada masa yang sama, Goulon turut memuat naik satu video di laman Instagram miliknya yang menunjukkan beliau sedang mendengar chant penyokong Pahang iaitu Ale Ale Tok Gajahku.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Guess what? #pahangfa 🙏 . . Devinez quoi? #pahangfa 🙏 . . #sohappy

A post shared by Herold Mark GOULON (@heroldgoulon) on

Dalam perkembangan lain, Herold Goulon dikhabarkan menolak tawaran daripada salah sebuah kelab Liga Portugal dan memutuskan untuk terus beraksi bersama Pahang musim hadapan.

Bekas pemain Blackburn Rovers ini menampilkan persembahan yang mantap dalam saingan musim 2019 dimana beliau membantu Pahang menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua dan menjaringkan beberapa gol termasuk jaringan dari jarak jauh ketika Pahang bertemu Perak dalam perlawnan separuh akhir pertama saingan Piala FA.

Setakat ini, Pahang hanya menandatangani Sharbinee Allawee yang sebelum ini beraksi bersama Kuala Lumpur.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*