Presiden MUSA jelaskan sebab beliau lancarkan kutipan ‘crowdfunding’

Semalam, Presiden Persatuan BolaSepak Melaka (MUSA), Damian Yeo Shen Li telah melancarkan kutipan ‘crowdfunding’ untuk para peminat yang mahu memberikan sumbangan bagi membantu memperkasakan kewangan badan induk itu.

Damian membuat pengumuman tersebut melalui laman Facebook miliknya dimana beliau memuat naik satu video yang memaparkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu menyanyi sambil bermain alat muzik bersama anak perempuannya.

Bagaimanapun, tindakan beliau itu telah mengundang pelbagai keca man dan reaksi nega tif daripada penyokong setia skuad Hang Tuah dimana mereka mempersoalkan kredibilitinya sebagai presiden MUSA.

Tinjauan di media sosial mendapati sebahagian peminat Melaka kecewa kerana mereka bimbang episod hitam sebagaimana yang terjadi pada tahun 2014 lalu berulang lagi pada musim depan.

Namun, Damian menjelaskan tindakannya itu adalah untuk membantu melangsaikan hutang terdahulu yang dilakukan oleh pengurusan sebelum ini bukan dana menghadapi Liga Malaysia musim 2020.

“Ianya cuma ucapan Krismas dan mencari sedikit sumbangan. Saya tidak memaksa anda tetapi saya harap anda boleh menyumbang.

“Beban yang ditanggung oleh saya bukan hutang saya tetapi hutang yang terdahulu dan perlu dibayar. Sekiranya tidak dibayar maka ianya akan mengakibatkan 1su lesen liga super,” jelasnya seperti dipetik dalam laman facebooknya.

My Christmas greetings with a song together with my daughter Priscilla on the violin.And at the same time, I am doing a crowdfunding for Melaka United and please donate to Persatuan Bola Sepak Melaka MBB 554129103238. RM1.00 pun boleh, RM10.00 pun boleh, RM50.00 pun boleh, RM100.00 pun boleh dan sebagainya.#MUSA2020 #DemiKebanggaanMelaka #FootballUnites #PerpaduanMelaluiBolasepak#sikitsikitlamalamajadibukit

Posted by Damian Yeo on Sunday, December 22, 2019

Terdapat juga cadangan daripada penyokong yang mahu MUSA menjana pendapatan melalui penjualan pas bermusim dan ‘mechandise’ rasmi pasukan untuk memastikan kantung kewangan tidak berkurangan.

“Ada yang mencadangkan pas bermusim. Ya, kita sudah ada 6 pakej. Tetapi semua ini perlukan masa. Merchandising pun kita dah fikirkan dan saya berharap agar penyokong membelinya.

“Perbelanjaan kita untuk musim 2020 adalah mengikut sponsor. Oleh kerana itu, saya dah kata asalkan kita masih duduk liga super sudah OK,” tambahnya.

Melaka setakat ini telah menandatangani 13 pemain baharu bagi menghadapi saingan musim 2020. Antara pemain baharu yang ditandatangani ialah Ahmad Syamim Yahya, Khair Jefri Jones, Norazlan Razali, Romel Morales, Curran Ferns, Nurridzuan Abu Hassan, Feris Danial Mat Nasir serta Khairul Anwar Shahrudin.

Dalam saingan Liga Super musim 2019, pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan itu menamatkan saingan di tangga ke-6 dengan kutipan 33 mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*