Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid penjaring utama Harimau Malaya 2019

Tahun 2019 sudah pun berakhir untuk pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia.

Ianya adalah tahun penuh dengan suka dan duka seperti biasa. Tetapi tahun 2019 boleh dikatakan tahun kebangkitan Malaysia daripada kesuraman ketika diegang oleh Nelo Vingada.

Malaysia dikendalikan oleh jurulatih tempatan iaitu Tan Cheng Hoe. Dan beliau banyak merencana dan melaksana perubahan di dalam pasukan.

Ini termasuk corak permainan dan sistem taktikal.

Tan Cheng Hoe

Pengakhiran yang sangat baik dilakukan oleh skuad bimbingan Tan Cheng Hoe. Di mana dalam 3 perlawnan terakhir Malaysia menang kesemuanya.

2 daripadanya adalah dalam kempen kelayakan Piala Asia/Piala Dunia. Malaysia juga berjaya menang ke atas Indonesia di dalam tempoh tersebut. Sekaligus berjaya melakar kemenangan back to back dalam derbi Nusantara.

FAM mengeluarkan statistik penjaring gol Pasukan Harimau Malaya sepanjang tahun 2019.

Seperti yang dijangka Safawi Rasid merupakan penjaring terbanyak untuk pasukan Malaysia dengan enam gol.

Penyerang sayap yang beraksi untuk JDT itu jelas sekali menjadi pemain utama skuad Malaysia pada usia beliau yang masih muda.

Tempat kedua adalah milik seorang lagi pemain JDT iaitu Syafiq Ahmad dengan 5 gol. Pemain yang terkenal dengan kepakaran ke dalam melakukan tandukan ini berjaya menyerlahkan dirinya dalam kem kebangsaan tahun ini.

Syafiq pemain pelbagai posisi untuk Harimau Malaysia musim ini.

Tempat ketiga adalah harimau import iaitu Mohamadou Sumareh yang beraksi untuk Pahang pada 2018. Sumareh bermain untuk Malaysia pada musim debutnya tahun ini.

Beliau turut menjadi pemain penting yang beraksi di bahagian sayap.

Sumareh Malaysia Thailand

FOTO: FAM

 

Seorang lagi pemain yang berada di tempat ketiga yang Shahrel Fikri yang beraksi untuk pasukan Perak pada 2019.

Walaupun beliau tidak banyak minit seperti pemain-pemain di atas ini, namun Shahrel menjelmakan sentuhannya pada awal musim.

Berikut adalah senarai pemohon dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Apa yang pasti pada musim 2019 pasukan Harimau Malaya Lebih bersemangat dan lebih bonding antara pemain yang utuh. Suasana yang lebih ceria berbanding dengan sebelum ini.

Selamat bercuti kepada semua pemain dan diharap kita akan menikmati tahun 2020 dengan lebih baik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*