Enam pasukan Liga Malaysia yang dapat beraksi dalam Saingan ASEAN Club Championship 2020

Saingan ASEAN Club Championship (ACC) akan membuka tirainya pada tahun hadapan dimana kejohanan yang kali pertama diadakan itu bakal bermula pada bulan Mei dan akan melabuhkan tirai pada November 2020.

Sebanyak 12 kelab ahli gabungan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) yang memiliki lesen kelab AFC layak beraksi dalam peringkat kumpulan. Liga Malaysia di samping Thai League 1, V-League dan Liga 1 Indonesia masing-masing mendapat dua slot peringkat kumpulan manakala Myanmar dan Singapura diberikan 1 slot.

JDT antara kelab dari Malaysia yang mempunyai Lesen AFC. Sumber Gambar: JST

 

Selain dari negara-negara ASEAN diatas, peringkat play-off akan diadakan yang akan melibatkan pasukan dari Kemboja, Laos, Brunei dan Timor Leste untuk mencari 2 lagi pasukan ke peringkat kumpulan.

Ketika ini, sebanyak enam pasukan Liga Malaysia yang memiliki lesen kelab AFC sekaligus layak untuk mengambil bahagian. Enam pasukan tersebut ialah Johor Darul Ta’zim, Selangor, Kedah, Perak, Terengganu FC dan satu pasukan dari Liga Perdana iaitu Kuala Lumpur.

Sumber Gambar: Kedah FA

 

Melihat kepada situasi semasa, JDT akan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Kedah pula akan beraksi dalam peringkat kelayakan. Jika Kedah berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan ACL, maka kedua-dua pasukan berkemungkinan besar tidak akan mengambil bahagian dalam ACC kerana mereka berdepan dengan saingan yang lebih besar.

Selangor, Perak dan Terengganu FC dilihat sebagai calon yang sesuai untuk mewakili Liga Malaysia dalam saingan ACC. Ketiga-tiga pasukan mempunyai barisan pemain yang dilihat mampu untuk memberi saingan kepada pasukan Asia Tenggara yang lain.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*