Ini piramid Liga BolaSepak Korea Selatan yang akan dilaksanakan musim hadapan

Beberapa laporan media dari Korea Selatan, sistem piramid liga bolasepak negara itu akan mengalami sedikit rombakan dan penyusunan semula untuk menghadapai musim baru 2020 yang lebih mencabar.

Diantara perkara utama yang dijangka akan berlaku adalah saingan Korea National League (KNL) yang berada dalam tier 3 bersama-sama K3 League akan dihapuskan termasuk beberapa lagi liga yang berada pada tier yang sama diperingkat lebih bawah.

Dikatakan juga, Korea Selatan hanya mahu mewujudkan 7 tier dalam piramid bola sepak mereka seperti dibawah;

  • K.League 1: Pasukan profesional 12 pasukan
  • K.League 2: Pasukan profesional: 10 pasukan
  • K.League 3: Pasukan Semi-PRO: 18 pasukan
  • K.League 4: Pasukan Semi-PRO: 12 pasukan

Bagi 3 divisyen terbawah iaitu – K.League 5, K.League 6 dan K.League 7 pula, liga diperingkat regional, province dan lain-lain akan dijalankan.

Bagaimanapun, menurut Steve Han, pihak K.League masih belum menentukan bila peraturan promotion dan relegation diantara saingan K.League 2 dan K.League 3 akan dilaksanakan.

Selain itu, jumlah pasukan dalam saingan K.League 4 akan bertambah secara berkala dan akan mengatasi bilangan pasukan dalam saingan K.League 3 pada tahun 2023.

Butiran lebih lanjut berkaitan saingan K.League 2020 akan dikemaskini dalam artikel ini selepas menerima maklumat lebih mendalam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*