‘Ada lebih 100 pasukan boleh tawar tempat untuk pemain muda Selangor’

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Dr Johan Kamal Hamidon menjawab persoalan yang dibangkitkan mengenai nasib bakat muda sedia ada dalam skuad Selangor susulan kemasukan besar-besaran pemain-pemain dari Akademi Mokhtar Dahari pada musim depan.

Dengan kemasukan 28 (ataupun lebih) pemain daripada AMD, ia bukan sahaja menimbulkan kebimbangan mengenai peluang buat pemain-pemain itu mendapatkan minit bermain dan mengembangkan potensi mereka, tetapi dijangka turut terkesan adalah pemain muda skuad Piala Presiden dan Piala Belia Selangor serta PKNS FC.

Johan Kamal menjelaskan perkara itu tidak menjadi 1su kerana selain Selangor II, Piala Presiden dan Piala Belia Selangor, terdapat banyak lagi pasukan yang bernaung di bawah FAS – termasuklah 100 pasukan yang bermain di Liga FAS – justeru pemain yang terbaik akan dipilih menyertai mana-mana pasukan tersebut.

Ia sekaligus menyangkal tanggapan bahawa peluang untuk mereka beraksi adalah terhad dan bakat mereka akan berku bur.

“Pemain-pemain muda Selangor dan PKNS ini mempunyai peluang untuk naik ke pasukan Selangor II. Ini persaingan yang sihat dalam bolasepak Selangor kerana kita mencari permain terbaik untuk mewakili pasukan utama. Selain itu, kalau kita lihat kepada kerancakan Liga FAS sekarang, bakat-bakat muda ini tidak akan dipersia-siakan kerana setiap pasukan perlu mendaftarkan pemain bawah umur 21 tahun.

“Kita juga hendak jelaskan betapa pentingnya Liga FAS dan Liga Juara-Juara Selangor (SCL) yang mana 16 pemain telah dipanggil pada sesi pemilihan tertutup bagi menyertai skuad Piala Presiden dan Piala Belia Selangor. Liga-liga dalam Selangor ini penting untuk mencari bakat baharu dan bakat sedia ada teruskan karier mereka,” katanya dipetik daripada Sinar Harian Online.

Bercakap mengenai pemain-pemain yang diambil dari AMD, Johan berkata masing-masing perlu membuktikan potensi dan Pengarah Teknikal Michael Feichtenbeiner akan terlebih dahulu menilai sebelum menentukan kedudukan mereka.

“Perancangan kami adalah untuk menempatkan mereka di Selangor II, skuad Piala Belia dan Presiden. Mereka akan bermain bersama pemain-pemain muda Selangor dan PKNS. Peluang untuk mereka ‘naik pangkat’ sentiasa terbuka dan mereka sendiri perlu rebut peluang itu. Langkah ini adalah sebahagian tanggungjawab kami untuk menyediakan platform pembangunan kepada pemain muda. Kita tidak senaraikan para pemain AMD bersama pasukan utama (skuad Liga Super Selangor) kerana ta kut mereka tidak mampu menyaingi pemain-pemain senior sedia ada.

“Cuma diingatkan bahawa Selangor II adalah pasukan baharu dengan semua pemain bawah umur 23 tahun, maka peluang untuk pemain-pemain AMD bermain bersama Selangor II adalah tinggi, kami mahu menyediakan platform kepada proses pembangunan dan pastinya ini adalah cabaran kepada kami untuk tidak mengecewakan ramai pihak,” katanya.

Foto : MFL

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*