Rufino ‘bersyukur’ dengan tindakan yang diambil Selangor

Penye rang terbanyak Liga Super 2018, Rufino Segovia berasa amat bersyukur kerana majikannya, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tidak bertindak untuk melepaskannya walaupun hanya beraksi beberapa perlawnan pada awal musim sebelum berehat panjang kerana kecede raan.

Justeru, beliau yang kini telah pulih dan kembali menjalani latihan bersama pasukan memasang impian untuk membantu Red Giants menyerlah dan menjadi pencabar kepada saingan Liga Super 2020.

Selain itu, penye rang berusia 34 tahun ini mahu menjadikan Selangor sebagai pasukan terakhir yang diwakilinya sebagai pemain bolasepak profesional selain daripada memasang cita-cita untuk menyarung jersi Harimau Malaya sekiranya mempunyai rezeki.


Foto: MFL

“Saya berterima kasih kepada Selangor kerana bersabar. Walaupun saya (ditimpa) kece deraan, mereka tidak (bertindak) melepaskan saya. Saya harap dapat membantu mereka menyerlah dalam (saingan) musim baharu.

“Saya mahu bersara di Selangor. Dan ia merupakan satu bonus jika saya dapat bermain untuk Malaysia suatu hari nanti,” kata penye rang kelahiran Sepanyol ini seperti dipetik daripada New Straits Times.

Tahun 2018 menjadi tempoh yang menakjubkan bagi Rufino sejak bergelar pemain bolasepak profesional. Bersama Selangor, beliau berjaya mele dak sejumlah 31 gol dalam kesemua pertandingan sekaligus membolehkan beliau merangkul torfi kasut emas Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 (ABK18). 

“Ia merupakan satu impian bermain untuk Malaysia. Saya harap ianya menjadi realiti di mana saya berniat untuk tinggal di sini untuk jangka masa yang lama.

“Saya sukakan Malaysia. Orang-orang di sini sangat hebat, dan saya bermain untuk sebuah pasukan yang hebat di sini,” katanya lagi.


Foto: MFL

Selain daripada menantikan kembalinya ‘sengat’ Rufino Segovia dalam kem Selangor pada saingan musim 2020, peminat Red Giants juga tidak sabar menantikan gandingan beliau bersama penye rang yang turut menyerlang sepanjang musim 2019 iaitu Ifedayo Olusegun.

Penyerang dari Nigeria ini ditandantangani oleh Selangor pada jendela perpindahan kedua untuk mengatasi kepincangan barisan serangan setelah Rufino mengalami kecede raan. 

Walaupun di bawa masuk pada pertengahan musim, Ifedayo mengatasi jangkaan ramai dengan mele dak 16 gol dan mencetak 3 ‘assist’ sekaligus membantu Selangor menduduki tangga ke-3 Liga Super.

Tambahan pula, keyakinan Rufino untuk membantu Selangor menjadi pencabar Liga Super 2020 turut disertakan dengan kehadiran dua pemain berstatus bintang iaitu Brendan Gan dan Safuwan Baharudin di bahagian tengah.

Foto: FA Selangor

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*