Selangor dalam proses bina pusat latihan tertutup

Pasukan Liga Super, Selangor kini dalam usaha untuk mewujudkan pusat latihan tertutup yang akan mula dibina pada 2020, lapor SelangorKini.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Dr Johan Kamal Hamidon, pusat latihan tersebut merupakan satu daripada empat pembaharuan yang akan dibawa oleh pengurusan Selangor pada musim 2020.

“Buat masa sekarang, kami telah memperoleh 80% dana untuk melakukan projek tersebut, tinggal 20% sahaja lagi dana sedang diusahakan dan saya yakin ianya dapat diperoleh.”

Menurut Johan, kos pusat latihan tertutup itu bakal menelan belanja sebanyak RM 2.2 juta, kira-kira lebih seganda daripada jumlah kos pusat latihan Selangor yang digunakan sekarang.

GAMBAR: FA Selangor

 

Selain daripada pusat latihan tertutup, tiga lagi projek yang bakal dilakukan pada tahun 2020 ialah satu lagi pusat gimnasium dan juga pusat peru batan serta pejabat teknikal pasukan.

Ketiga-tiga projek itu pula akan menelan belanja sebanyak RM 400 ribu.

“Fasiliti yang terbaik mampu memberikan impak yang besar dalam memberi kelancaran kepada pengurusan teknikal. Selain itu, ianya dapat membantu pemain memperoleh prestasi terbaik,” tambah Johan lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*