Bekas pemain Melaka United gesa pengurusan untuk selesaikan tunggakan gaji

Dua bekas pemain Melaka United, Raimi Mohd Nor dan Shukor Adan menggesa Persatuan BolaSepak Melaka (MUSA) untuk segera menyelesaikan tunggakan gaji mereka.

Raimi dan Shukor yang masing-masing dilepaskan oleh Melaka mengakui sehingga saat ini, MUSA masih lagi berdolak-dalih untuk menyelesaikan tunggakan gaji selama dua bulan.

Sumber Gambar: MUSA

 

Menurut Raimi, perkara ini sudah dibawa ke kepada Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

“Saya pelik apabila pengurusan boleh membayar pemain yang masih bermain untuk mereka tetapi menolak kebajikan kami (bekas pemain). Kami sudah membuat laporan kepada PFAM dan mempunyai dokumen lengkap berkaitan masalah ini,” kata Raimi menurut laporan Harian Metro.

Shukor Adan pula mengambil pendekatan dengan memberi tempoh kepada bekas majikannya itu untuk segera menyelesaikan tunggakan gajinya.

Sumber Gambar: MUSA

 

“Tunggu dua hingga tiga hari lagi. Saya berharap Melaka menunaikan janji mereka untuk membayar tunggakan gaji saya. Pada masa sama, saya juga ada menghantar surat kepada mereka dan berharap ada tindakan susulan nanti.

“Jangan nafikan kebajikan pemain yang sudah digu gurkan dan berharap perkara ini diselesaikan secara baik dan adil,” kata Shukor.

Bagi menyelesaikan tunggakan gaji pemain untuk musim 2019, Presiden MUSA, Damien Yeo telah melancarkan tabung bagi mengutip derma dan juga sumbangan daripada peminat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*