Jangan ganggu pelatih AMD – Datuk Jamal Nasir

Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Belia Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM), Datuk Jamal Nasir menggesa agar pasukan Liga Malaysia tidak menganggu pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Datuk Jamal menegaskan semua pihak perlu membiarkan para pelatih untuk menamatkan tempoh pembelajaran bersama AMD terlebih dahulu bagi memastikan fokus dan prestasi mereka tidak terjejas.

Sumber Gambatr: Arena Bola Sepak

 

“Inilah realitinya yang berlaku di AMD di mana ada pasukan cuba menawarkan kontrak ketika pelatih masih belajar. Kita memang mahu pasukan profesional mengambil pelatih ini tetapi biarlah mereka habis pengajian dan bergraduasi dulu.

“Cuba bayangkan, perkara seperti ini dapat menjejaskan perkembangan pemain di mana ada pemain yang mula menjadi malas kerana mereka mengganggap sudah ada pasukan selepas keluar nanti.

“Kita tidak mahu anasir sebegini merosakkan pemain. Jika tidak, apa yang kita lakukan ini akan dianggap sebagai gagal,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Luqman Hakim dan Mukhairi Ajmal antara graduan AMD yang berjaya mencipta nama.

 

Baru-baru ini, seramai 28 pemain daripada AMD telah direkrut oleh Selangor dan kebanyakan daripada mereka bakal diletakkan di dalam pasukan pembangunan iaitu Selangor II.

Antara pemain yang ditandatangani oleh Selangor ialah Mukhairi Ajmal, Firdaus Imran, Aidil Azuan serta Fahmi Daniel.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*