Harimau Malaya bakal berdepan Juara Gulf Of Nations Cup, Bahrain dalam perlawnan persahabatan?

Setiausaha Agung Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mengesahkan pihaknya telah mendapat maklum balas daripada Persatuan BolaSepak Bahrain (BFA) untuk mengadakan perlawnan persahabatan antarabangsa pada tahun depan.

Katanya dalam Stadium Astro, Bahrain sedia menentng Harimau Malaya sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mac 2020 nanti.

Minggu lalu, FAM turut menerima tawaran daripada Palestin untuk mengadakan perlawnan persahabatan di Gaza namun Stuart menyerahkan kepada jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe untuk membuat keputusan.

“Bahrain dan Palestin telah mengesahkan ketersediaan untuk berdepan Malaysia dalam aksi persahabatan. Sekarang terletak di tangan Cheng Hoe untuk membuat keputusan berdepan lawn yang mana,” kata Stuart.

“Beliau sedang meneliti kemampuan kedua-dua pasukan dan bakal membuat keputusan seawal bulan depan.” tambahnya.

Skuad Bahrain dalam kejohanan Gulf of Nations Cup 2019.

 

Bahrain baru-baru ini dinobatkan sebagai “Raja teluk arab” selepas muncul sebagai juara Gulf of Nations Cup 2019 hasil kemenangan 1-0 ke atas Arab Saudi di perlawnan akhir. Mereka memilih Malaysia sebagai persiapan menghadapi Kemboja dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Pasukan itu juga konsisten dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 5 perlawnan dan menghuni kedudukan kedua dalam kumpulan C dengan 9 mata.

Skuad Harimau Malaya turut berada di tangga kedua dalam kumpulan G dengan 9 mata selepas mencatat 3 kemenangan ke atas Indonesia dan Thailand sekaligus menghidupkan peluang untuk menempah tiket automatik ke Piala Asia 2023.

Oleh sebab itu, FAM mahu memastikan pasukan kendalian Tan Cheng Hoe lebih bersedia dari segi fizikal dan men tal kerana baki 3 perlawnan yang akan datang pasti sukar dan menghadirkan tenta ngan sengit.

“Idea beliau (Tan Cheng Hoe) adalah untuk mengadakan perlawnan di rantau itu supaya barisan pemain lebih bersedia dari segenap aspek bila berlawn dengan UAE. Di FAM fokus kita adalah macam mana untuk mempersiapkan pasukan kita berdepan dua perlawnan bulan Mac depan.

“Kalau satu perlawnan (persahabatan) tidak cukup, beliau mahukan dua, kita akan beri dua perlawnan.

“Kami mempunyai peluang terbaik dan enggan melepaskannya dan berharap untuk melepasi sasaran,” kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi.

Malaysia dijadualkan bertemu UAE pada 26 Mac 2020 di lokasi yang akan ditentukan kemudian sama ada Dubai atau Abu Dhabi dan kemudian bertemu pendahulu kumpulan, Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac 2020.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*