FAS nafi guna ‘jalan belakang’ dapatkan pemain AMD

Persatuan BolaSepak Selangor (FAS) menegaskan mereka tidak menggunakan ‘jalan belakang’ untuk mendapatkan 28 pemain daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon berkata pihaknya tidak mempengaruhi mana-mana pihak terutamanya ibu bapa bagi mendapatkan pemain muda daripada akademi tersebut.

Sumber Gambar: Stadium Astro

 

“Apa yang kami buat ini adalah apa yang kami rasakan terbaik buat pasukan Selangor dan paling penting, pemain muda-muda ini.

“Kami mempunyai perancangan buat mengetengahkan pembangunan mereka. Sebab itulah kami menaik taraf infrastruktur dan kemudahan,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Tindakan FAS memborong pemain AMD mendapat reaksi berbeza daripada peminat serta pemilik beberapa pasukan Liga Malaysia dimana ramai pihak berpendapat kebanyakan pemain muda yang diambil tidak mendapat minit bermain yang cukup.

Mukhairi Ajmal memakai jersi Nombor 7

FOTO: NFDP

 

Menurut Dr Johan, akademi mana-mana pasukan sekalipun tidak dapat menjamin sama ada pemain muda tersebut dapat beraksi atau sebaliknya.

“Mereka masih berusia 18 tahun dan boleh (diserapkan dalam) skuad Piala Belia, malah mereka juga (setahun lebih muda) dalam Piala Presiden.

“Kalau pemain AMD memang berbakat, maka mereka boleh merebut slot dalam kesebelasan skuad B-23.

“Tetapi secara realistiknya, di akademi mana-mana sekalipun, tiada jaminan bahawa semua pelatih akan dapat bermain,” tambahnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*