AFC umumkan 10 venue pusingan akhir kejohanan Piala Asia 2023 di China

Konfederasi BolaSepak Asia (AFC) semalam secara rasmi mengumumkan 10 buah lokasi perlawnan pusingan akhir kejohanan AFC Asian Cup 2023 yang akan berlangsung dari bulan Jun hingga Julai 2023, selepas menerima pengesahan dari pihak Persatuan BolaSepak China (CFA).

Kejohanan Piala Asia 2023 ini merupakan kejohanan terbesar untuk pasukan kebangsaan, pihak AFC yakin China FA dan bandar-bandar yang terpilih akan menjayakan kejohanan selari dengan status acara berkelas dunia.

“Pihak AFC merakam ucapan terima kasih keatas komitmen yang ditunjukkan oleh CFA dan 10 buah bandar yang dipilih untuk menjadi sebahagian dari keraian bolasepak Asia.”

“Saya mengucapkan selamat maju jaya untuk menunjukkan kepada dunia bahawa China mampu menganjurkan sebuah acara bolasepak besar diperingkat antarabangsa.”, kata presiden AFC Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa.

China sebelum ini bertanding dengan 4 lagi calon untuk menganjurkan kejohanan Piala Asia 2023 ini iaitu Indonesia, Thailand, India dan Korea Selatan. Namun semua 4 calon tersebut telah menarik balik hasrat mereka dan membatalkan permohonan kepada AFC untuk memberikan fokus kepada kejohanan lain pada 2023.

Dengan China sah selaku tuan rumah Piala Asia 2023 itu nanti membolehkan negara itu menganjurkan kejohanan itu buat kali kedua dalam tempoh 15 tahun selepas kali terakhir pada tahun 2004.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*