Cheng Hoe pilih pasukan ke-99 ranking dunia untuk aksi pemanas badan

Selepas diberi pilihan sama ada mahu berdepan Bahrain atau Palestin dalam perlawnan persahabatan, ketua jurulatih skuad Harimau Malaysia, Tan Cheng Hoe telah membuat keputusan untuk berdepan dengan Bahrain sebagai lawn yang mampu meletakkan pasukan negara di tahap yang terbaik.

Malaysia dijadualkan bertemu UAE dan Vietnam dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/2023 pada 26 dan 31 Mac akan datang dan Cheng Hoe sebelum ini telah meminta pihak Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) mengatur pasukan dari Asia Barat yang menduduki ranking lebih tinggi.

Bahrain baru sahaja menjuarai Piala Negara Teluk Arab dan pasukan yang menduduki ranking ke-99 dunia itu telah menyatakan persetujuannya untuk menerima kunjungan Malaysia. FAM turut menerima tawaran daripada Palestin untuk perlawnan persahabatan yang dirancang diadakan di Gaza pada 21 Mac.

“Baru-baru ini, Bahrain merupakan juara Piala Asia Barat dan jurang mereka tidak jauh dengan UAE.

“Jadi, ia satu pilihan yang terbaik dan sudah pasti kami memerlukan satu perlawnan persahabatan,” katanya ketika ditemubual Stadium Astro.

Malaysia sebelum ini memilih Tajikistan yang berada di ranking ke-116 dunia sebagai lawn untuk aksi pemanas badan sebelum bertemu Thailand dan Indonesia dalam Kelayakan Piala Dunia.

Pendekatan tersebut ternyata berkesan dalam meningkatkan keyakinan dan moral pemain dan Malaysia telah menang kesemua tiga perlawnan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.

Pemerhati bolasepak negara, Asmawi Bakiri bagaimanapun menyatakan skuad kendalian Cheng Hoe itu akan berdepan dengan cabaran yang berbeza atas faktor aksi Liga Malaysia (Liga-M) yang baru bermula tidak sampai sebulan.

“Ketika menentng Bahrain nanti, saingan liga mungkin baru melepasi enam atau tujuh perlawnan. Jadi, pemain yang dipilih perlu bersedia untuk berdepan UAE.

“Tetapi melalui proses perlawnan persahabatan dengan Bahrain itu sesuatu yang cukup baik,” katanya.

Kredit Foto: FAM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*