Selain pusat latihan tertutup, Selangor juga bakal memiliki pusat peru batan dan pejabat teknikal

Persatuan BolaSepak Selangor (FAS) mengorak langkah ke hadapan apabila bakal memiliki fasiliti canggih seperti pusat latihan tertutup yang lengkap serta pusat gimnasium kedua, pusat peru batan dan pejabat teknikal.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan BolaSepak Selangor (FAS) iaitu Dr Johan Kamal Hamidon, projek yang bernilai keseluruhan RM2.6 juta itu bakal bermula pada tahun 2020 untuk kegunaan para pemain skuad gergasi merah di masa hadapan.

“Membentuk pasukan Selangor II (feeder club) adalah projek yang sudah kita jalankan tahun ini tetapi masih banyak lagi projek lain termasuk pembangunan fasiliti di pusat latihan untuk pembangunan pemain kami.

“Ketika ini FAS dalam proses mencari dana untuk projek ini dan setakat ini kita dah ada 80 peratus, nak cari 20 peratus sahaja lagi. Insya Allah saya yakin boleh dapat,” katanya seperti dipetik dalam portal SelangorKini.

Dalam usaha mencari dana untuk projek tersebut, FAS juga menganjurkan Program Local Giants yang membabitkan penglibatan 22 syarikat besar dan kecil.

Program ini merupakan satu inisiatif daripada FAS untuk mengalu-alukan penglibatan syarikat tempatan bagi bersama-sama membangunkan Red Giants FC menjadi pasukan yang digeruni di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

Mengulas mengenai persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim depan, pengurusan FAS meletakkan sasaran untuk beraksi di peringkat Asia pada tahun 2021.

Sebagai permulaan, mereka telah menganjurkan kejohanan jemputan Asia Challenge di Stadium Shah Alam pada januari 20202 yang melibatkan 3 pasukan ternama di Asia Tenggara iaitu Persib Bandung (Indonesia), Bangkok United (Thailand) dan Hanoi FC (Vietnam).

“Persiapan rapi giat dijalankan pada masa ini dan kita juga anjurkan perlawnan pra musim, Selangor Asia Challenge untuk membentuk persefahaman baik antara pemain,” katanya.

FOTO: FA Selangor

 

Selepas saingan Asia Challenge, skuad kendalian B. Sathiananthan itu akan berangkat ke China bagi menghadapi kejohanan Meizhou Hakka Cup 2020.

Selain Selangor, kelab divisyen 1 Thailand, Chonburi FC dan kelab divisyen 1 Korea Selatan, Sangju Sangmu turut menyertai kejohanan tersebut bersama tuan rumah, Meizhou Hakka FC.

Meizhou Hakka FC merupakan kelab daripada divisyen 2 liga China dan pasukan itu menduduki di tangga ke 10 dengan 39 mata pada musim 2019.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*