Budak Jepun ini dedah perbezaan sebagai pemain akademi kelab dan sekolah tinggi Jepun

Sasaki Muraiyosef, nama seorang penye rang skuad Sekolah Tinggi Toko Gakuen yang mungkin tidak ramai tahu dan mungkin lebih mengenali Jun Nishikawa, penye rang utama skuad B16 Jepun dan juga B19 Jepun.

Mereka sebenarnya adalah gandingan 2 penye rang utama pasukan Sekolah Tinggi Toko Gakuen dan yang lebih menarik adalah bekas pemain skuad Junior Youth Yokohama F Marinos.

Nota: Skuad Junior Youth merujuk kepada pasukan dalam kategori bawah 15 tahun (13 hingga 15 tahun), manakala skuad Youth pula merujuk kepada pasukan bawah 18 tahun (16 hingga 18 tahun).

Dalam satu temubual bersama sebuah media sukan Jepun baru-baru ini, Sasaki ada ditanya mengenai beberapa perkara berkenaan karier beliau oleh wartawan bolasepak disana.

Tiada Tempat Dalam Skuad Bawah 18 Tahun Yokohama F Marinos

Antara soalan yang menarik kepada Sasaki adalah berkenaan faktor mengapa beliau memilih untuk menyertai skuad Sekolah Tinggi Toko Gakuen.

Sasaki menjelaskan bahawa ketika berada ditahun 3 dalam skuad Junior Youth Yokohama F Marinos, beliau telah diberitahu bahawa tiada tempat untuknya dalam skuad bawah 18 tahun kelab itu.

Nota: Yokohama F Marinos pada peringkat Junior Youth memiliki 2 buah pusat latihan. Di setiap pusat latihan itu akan ada 3 skuad mengikut peringkat umur U13, U14 dan U15. Oleh itu, Yokohama F Marinos memiliki 6 buah pasukan dimana setiap pasukan itu mempunyai 20 pemain. Secara keseluruhannya, skuad Junior Youth Yokohama F Marinos mempunyai 120 orang pemain.

Dalam kes Sasaki, kita dapat melihat bahawa beliau gagal untuk memecah masuk sebagai skuad 33 orang pemain dalam skuad U18. Untuk makluman juga, kelab J.League hanya memiliki 1 skuad U18 sahaja.

Masuk Menyertai Skuad Sekolah Tinggi Toko Gakuen

Selepas gagal mendapat tempat dalam skuad Youth Yokohama F Marinos, Sasaki telah memohon untuk menyertai skuad Sekolah Tinggi Toko Gakuen untuk meneruskan pembelajaran serta bermain bolasepak dalam masa yang sama.

Ini antara kelebihan yang mereka miliki jika gagal mendapat tempat dalam sistem akademi kelab, pemain-pemain muda ini masih ada platform yang setaraf kualitinya untuk terus beraksi.

Skuad penuh U18 Sekolah Tinggi Toko Gakuen.

 

Selepas menyertai skuad sekolah tinggi ini, Sasaki menjelaskan ada perbezaan kedua-dua platform ini kepada pemain muda sepertinya.

Menurut Sasaki, platform sekolah tinggi memiliki kelebihan terutama dari segi semangat terhadap bolasepak berbanding akademi kelab.

Namun, dalam platform akademi kelab pula memiliki tradisi dan kehebatan tersendiri. Sasaki menyatakan bahawa antara perbezaan paling ketara adalah dari segi fizikal pemain yang lebih besar dalam skuad akademi kelab.

Dapat diperhatikan bahawa, jika bersama skuad akademi kelab tempias dari segala kemudahan dan fasiliti profesional itu lebih besar dan ini merupakan kelebihan kepada mereka yang beraksi dalam platform ini.

Manakala di platform sekolah tinggi pula, lebih cenderung kepada membina jati diri dan jiwa sebagai pemain bolasepak disebabkan ramai pelajar-pelajar lain serta guru yang memberikan semangat dan motivasi untuk mereka beraksi.

Apa yang pasti, kewujudan kedua-dua jenis platform untuk golongan remaja Jepun terbukti berjaya memberikan pilihan untuk mereka sekiranya gagal mempamerkan aksi terbaik dan mahu bermula semula.

Memilih Shunsuke Nakamura sebagai idola tempatan, beliau cukup kagum dengan motivasi, komitmen dan semangat pemain lagenda Jepun itu. Nakamura yang juga merupakan alumni Sekolah Tinggi Toko Gakuen menyemarakkan lagi semangat Sasaki untuk terus berjuang muncul sebagai pemain profesional.

Selain itu, gandingan beliau di Toko Gakuen di barisan se rangan, Jun Nishikawa yang telah melakukan penampilan pertama bersama Cerezo Osaka dalam saingan J1 League menjadi satu benchmark terdekat untuk Sasaki mempelajari sesuatu.

“Dalam sesi latihan dan perla wanan, saya akan memerhatikan apa kekurangan saya berbanding Jun Nishikawa dan saya akan melakukan analisis terhadap prestasi saya untuk menyamai apa yang beliau lakukan.”

Jun Nishikawa, pada tahun 2018 yang lalu menggondol anugerah MVP kejohanan AFC U16 2018 yang diadakan di Kuala Lumpur selepas berjaya membantu Jepun menjuarai kejohanan itu seterusnya layak ke saingan Piala Dunia U17 di Brazil.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*