Melaka United beri Amido Balde peluang kedua

Persatuan BolaSepak Melaka (MUSA) sedia untuk memberi peluang kedua kepada calon pemain import pasukan, Amido Balde bagi menampilkan prestasi sebenar yang dimiliki.

Balde diturunkan pada perlawnan satu persahabatan dimana beliau berjaya menjaringkan dua gol. Namun, pihak pengurusan masih kurang berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh bekas pemain Persebaya Surabaya itu.

Sumber Gambar: PSM Makassar

 

“Sebaik sampai dia terus diuji .Faktor keserasian dan memahami corak permainan rakan sepasukan juga perlu diambil kira.

“Kami memberinya peluang menjalani latihan bersama barisan pelatih dan menyertai satu lagi aksi persahabatan untuk memantapkan persembahannya,” kata Presiden Persatuan BolaSepak Melaka (MUSA), Damien Yeo menurut laporan Harian Metro.

Deshorn Brown. Foto: Audun Braastad/NTB scanpix

 

MUSA terpaksa mencari alternatif lain selepas penye rang dari Jamaica, Deshorn Brown lebih memilih untuk beraksi di Liga India meskipun telah mencapai kata sepakat dengan badan induk itu.

Jika Amido Balde berjaya tampil cemerlang dalam perlawnan persahabatan dan seterusnya mendapat kontrak, beliau akan bergandingan dengan seorang lagi penye rang import, Uche Agba yang mana musim lalu menyarung jersi PDRM FA.

Dua lagi slot pemain import Melaka United diisi oleh Romel Morales Ramirez dan Jang Suk-won. Juara Liga Perdana musim 2016 itu memilih untuk tidak mengisi kuota pemain import Asean.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*