Kekal di Liga Super sasaran yang sudah cukup realistik – Frank Bernhardt

Ketua jurulatih baru Uitm FC, Frank Bernhardt berpendapat kekal di Liga Super adalah sasaran paling realistik boleh diletakkan mengambil kira kekuatan pasukan itu yang bakal mempertaruhkan ramai pemain muda yang mentah pengalaman.

Menurut pengendali dari Jerman itu, “Pasukan ini telah kehilangan ramai pemain dan lebih separuh daripada pemain yang ada sekarang adalah dari kalangan pelajar, yang mana mencapai matlamat untuk menggunakan pelajar sebagai pemain.

“Ketika saya baru tiba di sini, Uitm FC baru sahaja menandatangani tujuh pemain baru. Kita juga sedang berusaha mendapatkan import. Jadi tiada apa yang besar boleh diharapkan, kekal di Liga Super, tidak lebih daripada itu tetapi kami akan membina sebuah pasukan yang sangat baik, ia adalah satu proses.

“Saya percaya sasaran kekal di Liga Super bukan satu yang mustahil, ia boleh dilakukan kerana kita hanya perlu mengutip mata dari beberapa perlawnan dan perkara yang penting adalah kita kena kenal pasti perlawnan mana yang boleh disasarkan untuk mendapat mata.”

Frank Bernhardt yang pernah membimbing pasukan bawah 23 tahun kebangsaan (Projek Sukan SEA 2017) bercakap dalam sidang media pertamanya setelah diumumkan sebagai ketua jurulatih Uitm FC di Uitm Shah Alam, pada Jumaat.

Dia menggantikan Ismail Zakaria yang memacu Uitm FC menamatkan musim 2019 di tangga kelima Liga Premier 2019 di belakang Sabah, Johor Darul Takzim II, PDRM FA dan Terengganu FC II.

Meskipun berkesudahan di tangga kelima, Uitm FC dinaikkan ke Liga Super 2020 berikutan PKNS FC berubah status kepada ‘feeder team’ dan diturunkan ke saingan Liga Premier.

Foto : FAM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*